Showing posts with label C27. Show all posts
Showing posts with label C27. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Belasungkawa Zainol JKR - Selamat Tinggal Derita


 

Al-Fatihah Buat Allahyarham Zainol Hussain (merupakan anak bongsu kepada pasangan Allahyarham Hussain Bin Yaacob & Allahyarhamah Siti Binti Said) yang telah kembali ke PenciptaNya tanggal 15/10/2015 waktu tengahari di HUSM, Kubang Kerian.  Sedikit perkongsian umtuk dikenang, buat tatapan terutamanya buat keluarga di Kelantan yang sudi menjaga dan menerimanya yang pasti belum puas untuk mengenali Arwah sepenuhnya dan tak lupa juga buat rakan-rakan Arwah di JKR/KKR.

  • Arwah Zainol dilahirkan pada 17/05/60 dan telah dibesarkan di Ampang dan menetap sejak sekian lamanya di Taman Selayang. 
  • Nama Twin, Zainal, adalah merujuk kepada orang yang sama juga. Akan tetapi ahli keluarga terdekatnya lebih senang memanggilnya Non.
  • Telah berkerja dengan JKR sejak berpuluh tahun lamanya dan berkhidmat di Perancang Jalan pun boleh tahan lama juga. 
  • Di zaman mudanya, amat menggemari muzik berentak Pop. Maka, kaset artis seperti Duran Duran, Timy Thomas, Art Company, Culture Club, Michael Jackson, dan lain-lain artis Pop era 80an yang terkenal memang cukup banyak koleksinya.
  • Penulis dengan Arwah juga memang rapat sedari kecil kerana telah tinggal bersekali di Taman Selayang. Penulis sering di bawa menonton perlawanan bolasepak membabitkan pasukan Selangor di Stadium Merdeka dengan menaiki motosikal Suzuki Best yang tersangatlah best-nya di kala itu.
  • Penulis amat yakin, Arwah seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana perwatakannya yang dikenali bukanlah seorang yang bercakap kasar dan meninggi diri. Arwah seorang yang jenis lembut hati walaupun berpenampilan rugged.
  • Walau seberat mana pun masalah yang Arwah tanggung sewaktu hayatnya, Arwah jarang mempamerkan kepayahan dan keperitan derita yang ditanggunginya.Arwah pernah menggunakan Kad Kredit hanya semata untuk membeli telur sahaja dek kerana ketidakcukupan wang di dalam dompetnya tanpa diketahui oleh ahli keluarganya yang lain. 
  • Pernah mendirikan rumahtangga buat pertama kali dan dikurniakan 2 orang anak perempuan dan seorang lelaki, namun telah berpisah pada 2013.Tiada jodoh orang kata.
  • Arwah telah dihalau keluar rumah sehelai sepinggang pada 2013. Pada malam hari yang hening , beliau hanya duduk termenung di bawah jejambat Lebuhraya Plus Rawang mengenang nasib diri. Lalu dihubungi Kakak yang disayangi Hasnah Hussain untuk meluahkan isi yang terbuku di hati. Dan menetaplah Arwah di Taman Koperasi dikemudian hari.
  • Walaupun pernah dihambur dengan kata hinaan yang berupa bahawasanya beliau tidak mungkin akan bahagia setelah berpisah dek kerana ketidakberadaan harta benda, namun sesungguhnya jodoh Allah usah diduga. Arwah ditakdirkan untuk menemui jodoh dengan seorang Ibu Tunggal yang berasal dari Pasir Mas yang sudi untuk menerima Arwah dengan hati yang terbuka untuk mengubati hati yang berduka lara. Tanggal 28 Disember 2013 Arwah disatukan dengan Cik N. 
  • Arwah mula didapati kurang sihat serta mudah demam kemudiannya. Pernah beberapa kali Arwah dimasukkan ke Hospital Ampang dan juga Hospital di Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan tanpa diketahui musababnya.. Lalu didiagnos ada Nanah dalam hatinya. Sungguhpun beliau dalam keadaan kurang sihat dan tidak bermaya, Arwah cuba sedapa upaya untuk kelihatan biasa-biasa di hadapan orang yang menziarahinya.
  • Arwah mula disahkan menghidap Kanser Hati Tahap 4 kira-kira pertengahan tahun ini daripada pihak Hospital di Kota Bharu. Pada mulanya Arwah keberatan untuk memberitahu kepada ahli keluarga yang lain namun, Ayang (Anak tiri) berjaya mendapat tahu khabar tersebut lalu dikhabarkan pula kepada Mamanya (Cik N) yang terus mengkhabarkan berita duka tersebut kepada ahli keluarga di KL.
  • Sungguhpun demikian, sewaktu Arwah pulang ke KL di rumah kakaknya, Arwah masih cuba kelihatan biasa-biasa seperti kelaziman dirinya. Arwah sempat berubat secara tradisional dan hasilnya  Nanah di hatinya berjaya disembuhkan. 
  • Setelah mendapat MC setahun, Arwah memilih untuk menetap di Peringat, Kota Bharu supaya berada dekat dengan isterinya. Demikian pun berkeadaan tidak sihat dan sakit, Arwah kelihatan gembira sewaktu berada di sana. Masih boleh ke sana ke sini tanpa rasa gundah dipamerkan di wajahnya. Menjemput & menghantar isteri adalah rutin kehidupan Arwah.
  • Kegembiraan Arwah berganda apabila dikurniakan Bayi Perempuan kemudiannya. Sewaktu Arwah pulang ke KL untuk menjalani di rawatan di sini, jelas terpancar keseronokkan di wajahnya kerana punya anak kecil. (Arwah sememangnya menyukai anak kecil dan beliau amat menyayangi cucu sulung beliau Atta yang kemudiannya tidak lagi berpeluang untuk bertemu waima sekali. Dan sebagai ganti, Arwah menjadikan Aliff Mikael & Adra Nur Hannani sebagai tempat mencurahkan kasih sayangnya terhadap anak kecil selama menetap di KL)
  • Pulang semula ke Kota Bharu, Arwah meneruskan kehidupan seperti kelazimannya walaupun terdapat sedikit perubahan fizikal yang semakin mengurus susuknya.
  • Ironinya, Arwah dimasukkan ke Wad ICU HUSM tanggal 4/09/2015 (Jumaat) dan Penulis dikurniakan bayi perempuan pada 05/09/2015. Walaupun Penulis berasa gembira, namum kesedihan turut bersarang dihati dek kerana Paksu kesayangan terlantar di hospital tanpa berkesempatan untuk menziarahi.
  • Kakak Arwah, Hasnah Hussain serta beberapa ahli keluarga yang lain telah berkunjung ke Kota Bharu hampir saban minggu untuk menziarah. 
  • Penulis sempat menziarahi Arwah awal Oktober yang lalu. Perasaan sedih sukar digambarkan melihatkan susuk tubuhnya terlalu mengecil. Arwah seakan sedar akan kehadiran Penulis sewaktu menziarahinya dan kelihatan Arwah mengalirkan air mata tangis. Dikala itu juga, dikhabarkan sebelumnya bahawa Buah Pinggang telah gagal berfungsi. 
  • Menambahkan lagi rasa duka. Sungguhpun demikian, Cik N tetap tabah dan tidak putus berdoa di siang dan malamnya agar kesembuhan segera diberikan kepada suami tercinta. Menziarahi suami tercinta disamping harus menguruskan si anak kecil, Intan Delisha dalam keadaan yang serba tidak selesa bukanlah perkara mudah. Namun, Cik N tetap terus tabah mengharungi hari demi hari. Solat Hajat turut dilakukan di Kelantan dan juga rakan-rakan Arwah di JKR bagi memohon pertolongan Tuhan Yang Satu.
  • Sedikit perkhabaran gembira diterima dari pihak Hospital bahawasanya Buah Pinggang Arwah tidak lagi mengalami sebarang kegagalan fungsi seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini. Kuasa mustajab doa barangkali. Berita ini juga diterima dengan hati yang senang oleh ahli keluarga di KL.
  • Arwah akhirnya dipindahkan ke Wad biasa setelah ada sedikit perubahan positif. Namun, memerlukan penjagaan yang cukup rapi sehingga Cik N sanggup untuk mengambil perkhidmatan penjagaan Jururawat Swasta bagi menjaga sementara Cik N keluar bekerja di siang harinya. Sempat jugalah Arwah tinggal di Wad Biasa selamat 2 hari. Ayang juga sanggup untuk bermalam di hospital untuk menjaga Papanya. Ternyata, berstatuskan tiri tidak pernah mengenal erti kasih dan sayang Ayang terhadap Papanya. Jelas Ayang begitu menyayangi Arwah Papanya itu. Ayang juga turut menjaga Papanya sewaktu Arwah masih di ICU.
  • Tanggal 15/10/2015 pasti akan dikenang buat selamanya. Lebih kurang 1.30 tengahari Arwah meninggalkan dunia dalam keadaan yang tenang tanpa perlu bertarung dengan Sakarataul Maut, menurut Sang Jururawat yang menemani di hospital.Cik N pula dikala itu dalam perjalanan untuk menjemput Ayang dari sekolah, sebelum ke hospital untuk menjengah seketika sebagaimana rutin sebelumnya. Cik N segera menghubungi Kakak, Hasnah Hussain menyampaikan khabar dukanya itu. Penulis pula terus mengemaskini status di FB dengan tujuan memaklumkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Arwah.
  • Menurut  Cik N, pada Awal Muharram beliau telah bermimpi didatangi Arwah agar "melepaskannya pergi", memandangkan Arwah telah sekian lama menanggung derita sakit. Ternyata, itu adalah pertemuan terakhir di alam mimpi yang pasti tidak akan ditemui lagi.
Kesempatan yang ada ini, Penulis bagi pihak keluarga Arwah di KL ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga di Kelantan yang sudi menerima, menjaga, & menguruskan Paksu kami hingga ke akhir hayat. Buat Cik N & Ayang, moga Allah kurniakan Pahala dengan sebanyak-banyaknya kerana begitu menyayangi dan mengasihani Arwah, sungguhpun demikian ternyata Allah lebih menyayanginya.Terima kasih juga buat CIk N kerana sudi untuk menjadi Bunga, menghiasi Dada Paksu hingga ke akhirnya.

Al-Fatihah Buat Zainol Hussain.




Thursday, January 16, 2014

Giliran Nazim Pula

Adalah dengan dukacitanya ingin gua maklumkan, bahawasanya sahabat / jiran tempat gua menjalankan tugas sebagai Sulaiman Akhlaken ini akhirnya telah pun menghantar surat berhenti kerja satu bulan notis. Budaya berhenti kerja ini telah lama menjadi-jadi semenjak beberapa tahun yang sudah. Silih berganti. Dan kini, giliran member gua Nazim pula untuk melepaskan jawatannya bagi meneruskan misinya sendiri dalam bidang peng-insuran/takaful-an secara sepenuh masa.

Jadi baiklah, entri kali ini adalah merupakan tribute kepada beliau memandangkan gua dan Nazim ini agak akrab juga. Nazim ini adalah merupakan anak jati Negeri Sembilan nun jauh kek Kampung Sogo. Berkelulusan dalam bidang Kewangan dan mula menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di syarikat yang menjalankan modul perniagaannya sama seperti Sulaiman Akhlaken semenjak dari Tahun 2006 lagi. Seorang yang cukup mahir dalam selok-belok pentadbiran harta pusaka, pernah mencurahkan bakti khidmat setianya di Cawangan Johor Bahru, Melaka, Seremban, Bangi dan juga di ibupejabat Kuala Lumpur. Nah, kalau tengok kepada senarai pejabatnya, sememangnya tidak syak lagi jikalau Nazim ini bolehlah dikatakan seorang yang mempunyai pengalaman yang bukan calang-calang dan sudah pastinya beliau akan menjawat jawatan yang tinggi sambil slip gaji beliau sepatutnya dah membolehkan beliau untuk memiliki Toyota Vios TRD beberapa tahun sudah. Namun itu bukanlah hakikat sebenar. Realitinya beliau hanya menunggang Yamaha LC semenjak sebelum Masihi lagi dan slip gaji beliau sebelum ini pun berada pada aras gaji seorang Kerani Bank sahaja sebenarnya. Pilu.

Untuk meneruskan kehidupan yang mana harga barangannya serba-serbi tinggi serupa tinggal di Jepun, maka Nazim telah mengambil langkah untuk menjadikan beliau adalah seorang ejen Insuran/Takaful yang bertauliah lagi berwawasan bagi menampung slip gaji beliau yang sudah maklum sedikit itu bagi membolehkan beliau terus survive di dalam kehidupan yang sudah cukup mencabar.

Setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya Nazim telah pun beroleh kekuatan mental untuk menceburi bidang ini secara sepenuh masa dengan harapan beliau mampu untuk memiliki Toyota Vios TRD generasi terbaharu tanpa perlu memikirkan tekanan kerja syarikat Sulaiman Akhlaken seperti sebelum-sebelum ini. Kepada Nazim, gua cuma mampu mengucapkan Selamat Maju Jaya. Sejujurnya, gua memang sedih sebab hilang seorang teman pejabat yang akrab kerana gua mampu bersembang apa sahaja topik perbualan dengan beliau waima bab politik sekalipun walaupun hakikatnya gua dan Nazim ini berlainan aliran / fahaman.(Nazim ini berhaluan bawah tanah..kahkahkah!) Kali ini beliau benar-benar nekad untuk mencapai apa yang beliau impikan. Jadi, sebagai tanda sokongan, sekali lagi ingin gua maklumkan barang sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang produk perlindungan Insuran / Takaful PruBSN ini, silalah jangan segan dan silu untuk menghubungi Nazim di talian 019 - 775 8381. Jangan risau, lu orang tinggal di Kajang, Bangi, Putrajaya, Dengkil, Port Dickson, Alor Gajah, Rembau, Tangkak, Sg Besar hatta Kg Sogo sekali pun beliau akan tetap sudi untuk meluangkan masa bertemu bagi menerangkan mengapa lu orang mesti mengambil perlindungan dengan Nazim. Er, nanti-nantilah iya gua ambil perlindungan dengan lu Nazim. Kasi slip gaji gua banyak dahulu.

Saturday, December 07, 2013

Misi Bantuan Kemanusian Ke Kuantan

Umum memang mengetahui tentang bencana banjir yang menimpa rakyat Kuantan di kala ini yang kelihatan tersangatlah teruknya. Umum juga mengetahui rakyat Kuantan sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya kelihatan agak perlahan. Maka secara tidak langsung, wujudlah insan-insan yang berhati waja untuk membantu mangsa banjir secara Indie.

Entah macam mana gua terlihatkan status di FB milik Brader Hezeri Samsuri tentang hasrat hatinya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan secara Indie meminta bantuan rakan-rakan FB beliau yang secara kebetulan ada ahli keluarganya turut menjadi mangsa banjir di sana. Otak gua terus sahaja menghantar isyarat kepada hati bahawa inillah masanya untuk gua membuat sedikit jariah dengan mengwar-warkan kepada beberapa orang rakan pejabat supaya terlibat sama dalam hal-hal sebegini. Maka, terus sahaja gua mem-print screen status FB brader tadi dan terus sahaja menghantar surat elektronik (emel) kepada rakan-rakan terdekat di pejabat. Sangkaan gua barangkali dapat dua tiga orang yang menyumbang pakaian / barangan keperluan memadailah untuk gua penuhkan bahagian bonet S2000 milik gua itu. 

Keesokkan harinya (semalam - Jumaat) rupanya sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan pejabat gua sangatlah menggalakkan. Sehinggakan ada beberapa orang rakan pejabat sanggup bergegas ke Mydin seawal pintu dibuka untuk membeli barangan keperluan khusus untuk kaum wanita. Sebaik sahaja semua muatan berjaya dimasukkan ke dalam S2000 gua tanpa ada sebarang masalah besar, terus sahaja gua menuju ke lokasi di Bayu Courtyard Homes untuk menghantar amanah barangan daripada rakan-rakan pejabat gua ditemani Brader Sasa. Brader Sasa ini memang sengaja gua angkut supaya senang untuk memuat turun barangan dari kereta dengan cepat dan mudah. 

Sewaktu gua tiba dilokasi, gua memang telah dimaklumkan sedari awal lagi bahawasanya Brader Hezeri memang tiada di rumah kerana sibuk mencari lori untuk mengangkut barangan yang sememangnya terlalu penuh di ruang rumah tamu beliau. Disebabkan gua membawa Brader Sasa, maka urusan mengangkut barang menjadi berganda pantas. Selagi boleh sauk, gua saukkan ke Brader Sasa. Tak cukup dengan tangan, gua suruh Brader Sasa gigit beg plastik demi memaksimakan urusan memuat turun barangan tersebut. Setelah selesai segala urusan, hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa leganya kerana barangan yang diamanahkan oleh rakan-rakan pejabat telah pun selamat diserahkan kepada Brader Hezeri untuk diserahkan kepada mangsa banjir seterusnya.

Untuk makluman terkini, beliau telahpun memulakan perjalanannya ke Kuantan dengan menggunakan lori 3 tan dan disertai oleh geng kenderaan 4x4  dek kerana daripada bantuan yang sepatutnya Indie sudah tidak lagi menjadi beberapa nak Indie. Beliau akan cuba untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat mengikut kadar kemampuannya. Semoga Allah S.W.T memberikan limpah kurniaNya kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam kerja-kerja amal sebegini. Tahniah Rakyat Malaysia!!







Sumber Gambar: FB Hezeri Samsuri




Tuesday, October 15, 2013

Salam Eidul Adha

Gua syak, mereka yang telah pulang ke kampung seawal Jumaat lepas pasti di kala ini sedang bertarung kesesakan di lebuhraya. Mujur juga kali ini giliran gua untuk beraya di kampung halaman sendiri di Koperasi Polis 2. Jadi sebarang kemungkinan jem untuk gua hadap memang tipislah. Tak sampai 10 minit gua dah pun sampai di PPRT gua di Taman Selayang ini. 

Sambutan Eidul Adha gua kali ini pun masih lagi sama seperti tahun-tahun sudah. Nak tunggu naik haji, lambat lagi giliran menunggunya. Tak mengapalah, mudah-mudahan kita semua diberi kesempatan untuk ke sana juga nanti. Selain daripada pasang niat, maka ada eloknya juga lu orang mula menyimpan di tempat yang sepatutnya. Melainkan akaun ASB lu orang dah pun penuh, gua syak setakat nak guna perkhidmatan yang jenis premium apa ada hal..iya tak??

Er, esok kerja ya..? Apa pasal Cuti Hari Raya Korban ni sehari je hah?? 

Wednesday, August 07, 2013

Selamat Hari Raya Eidilfitri


Insya Allah kalau tak ada aral, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Eidilfitri esok. Kalau puak Syiah jangan tanya gua bila diaorang sambut Raya. Puak Langkasuka pun gua tak pasti bila diaorang sambut Raya.Di kala entri ini ditulis, gua syak dah ramai yang sedang sedap berada di atas tilam sambil ditemani dengan kicauan burung di luar jendela yang terkuak sedikit, membenarkan angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruang tidur. Dingin dan damai. Perh, gua punya metafora sesekali berkhayal ni memang tak boleh dilayan sangat. 

Gua pula di kala ini masih lagi berada di pejabat sambil ditemani beberapa orang rakan sepejabat yang masih gigih berada di pejabat sambil masing-masing sibuk membuat permintaan lagu raya ke kawan sebelah gua yang berangan nak menjadi Deejay Supermarket katanya. Macam-macam lagu yang diputarkan. Kalau nak diikutkan kualiti suara, boleh tahan parau juga suara member sebelah gua ini. Kalau dia pohon nak jadi juruhebah Negeri FM pun gua syak layak dah..kahkahkah! Sori Ajim, gua bahan lu kejap. 

Kesempatan yang ada ini gua ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata ada tersalah kata, tersilap cuit. Moga semuanya bergembira di Hari Raya. Buat yang memandu, berhati-hatilah memandu. Ingat, jangan buat perangai Syiah nak sambut Raya ni. Perangai bidaah seperti pagi-pagi Raya sibuk nak pergi ziarah kubur pun jangan dibuat.


Friday, July 05, 2013

Kisah Puasa Dulu-Dulu

Kisah ini berlaku sewaktu gua berusia sekitar lapan tahun. Macam biasa la, budak darjah dua kalau puasa, kadang tu bukan boleh dikira sangat cukup sifatnya. Ada masa gua puasa, ada masa tuang juga. Gua memang tiada masalah besar untuk bangun sahur. Kadang-kadang tu, gua yang bangun awal dari mak gua. Tapi apa jadahnya gua nak bangun sebegitu awal. Ayam pun tak bangun sahur lagi. Takkan la budak darjah dua dah sibuk kat dapur pula? Gua makan nasi pun kadang-kadang nasi tumpah tak tentu hala. Lebih ke meja daripada masuk ke mulut. Inikan pulak nak sibuk-sibuk kat dapur. Kena halau dengan mak gua lagi ada la. Baik gua sambung tido. nanti pandai la mak gua nak kejutkan semula. Menu sahur biasanya lebih ke arah menu 1Malaysia. Mudah dan jimat. Nasi putih, telur mata sama kicap. Cukup.

Waktu ni gua bersekolah sesi pagi. Memandangkan puasa, gua tak berapa sangat nak join budak-budak lain main sep-sep tiang la..konda kondi la. Biasanya waktu rehat kat sekolah gua lebih gemar membaca Al-Quran..(ah, gua tipu nih…) gua lepak dalam kelas aja yang sebenarnya. Banyak lagi tenaga nak guna sampai petang ni. Malas nak campur sangat dengan budak-budak tak tentu hala ni.

Habis sahaja sesi persekolahan memang gua terus tuju balik rumah. Sebarang niat untuk melepak & bermain tepuk kad di rumah kawan memang gua sematkan dalam hati sahaja. Sampai di rumah, gua campak beg sekolah, terus capai bantal. Waktu ni bateri Energizer gua memang tak boleh nak kompromi sangat dah. Lebih baik gua tido daripada gua buat-buat ulang-alik dapur jenguk peti ais. Agak-agak nak Asar, gua pun bangun. Gua bangun tu pun sebab nak tengok kartun. Itu jam siaran yang ada pun sampai ke angka 3 aja. Siaran TV kabel berbayar ni belum wujud lagi. Gua layan jela cerita Smurf sama Transformer. Kadang-kadang tu layan jugalah gua dengan cerita Rumah Kedai yang memang sangat ngam waktu bulan-bulan puasa ni. Kacak betul si Harun Salim Bachik di kala muda. Ehsan pun kalah gua fikir. 

Kadang, ada masa juga gua lepak di padang sambil tendang-tendang bola sikit-sikit. Nak tendang lebih-lebih, bimbang gua mengalami masalah hidrasi pula. Apabila jam menunjukkan jam kul 6, gua dah mula tak tentu hala. Dia punya mundar mandir mengalahkah YB yang baru lepas kalah Pilihanraya, macam mana tah nak jawab ke Ketua Bahagian. Untuk menghilangkan rasa gundah gulana, gua pun ajak la abah gua pergi mencari kuih sikit buat berbuka karang. Sampai sahaja di bazar Ramadhan, abah gua terus menuju ke gerai yang jual murtabak. Tapi dia punya beratur nak order mengalahkan makcik-makcik yang nak bayar bil api kat pejabat pos. Apa pasal tah, tiap kali musim puasa, murtabak memang ramai sangat orang cari. Itu jam, murtabak yang dijual memang merupakan sejenis murtabak. Zaman sekarang ini gua perati serupa roti telur. Inti daging  entah kemana. Sebaik sahaja mendapatkan murtabak, gua mesti minta abah gua cari satu lagi perkara wajib waktu bulan puasa nih.. kuih onde-onde. Minta serinnggit, dapat la sepuluh biji. Jangan-jangan waktu sekarang ni seringgit dapat tiga biji sahaja. Ceh. Tak patut betul. 

Balik sahaja dari membeli juadah berbuka, gua orang pertama yang mengambil tempat depan meja, padahal jam baru pukul 7..apa pasal entah gua rasa jam ni macam dengki sangat dengan gua. Perlahan sangat jarumnya nak gerak. Ini adalah masa yang paling kritikal sekali dalam hidup gua. Sebulan berpuasa, sebulan jugalah gua terpaksa menempuh waktu yang kritikal sebegini. Menguji sungguh nak tiba ke waktu azan berkumandang. Sebaik sahaja azan dilaungkan, gua cuma baca doa yang paling asas sahaja, iaitu Bismillah dan terus pekena air tebu sebalang. Sudahnya, murtabak ke mana, onde-onde ke mana. Tau-tau sahaja gua tersandar perut sebu. Begitulah sahajalah cerita gua mengimbau kenangan puasa dulu-dulu. Kepada semua, Selamat Berpuasa gua ucapkan. Bagi pihak Otak-Tepu, gua memohon kemaafan sekiranya ada turut kata di blog ini yang kurang disenangi. Ada masa, sepanjang bulan puasa nanti gua merapu lagi.

Tuesday, June 25, 2013

Retorik-kah Buat Wasiat Pemudah Pusaka ?

Gambar Ilustrasi ihsan Google

Amacam, sesekali gua bubuh tajuk yang berilmiah pun cara juga iye tak? Berdasarkan pengalaman gua yang telah menjebakkan dalam dunia perwasiatan dan juga perpusakaan secara semenjak tahun 2006 lagi, maka sewajarnnya gua kongsikan apa yang patut gua kongsi dengan pembaca semua. Dewasa ini gua jamin semakin ramai yang telah mempunyai wasiat  [gua tidak menggunakan terma membuat kerana ramai yang tidak tahu bahawasanya mereka membuat wasiat secara paksa-rela melalui pinjaman di institusi kewangan]. Namun kepada yang membuat Wasiat atas kesedaran sendiri, maka jutaan Tahniah gua ucapkan. Tak sia-sia P.Ramlee membuat cerita Tiga Abdul itu. Berjasa sungguh juga.si Sulaiman Akhlaken.

Kepada yang pernah menghadiri ceramah / mendapat brosur / melihat iklan / membaca artikel / didatangi penjual Wasiat / apa sahaja berkaitan Wasiat ini sudah tentu ada tahu salah satu point terbesar [kononya] elok membuat Wasiat ini adalah pengagihan harta pusaka yang cepat berbanding tanpa adanya Wasiat. Waima gua dulu-dulu pun pernah juga memberikan sebab yang sama kepada orang ramai tentang mengapa kena buat Wasiat. Namun, semenjak bergelumang dengan arena perpusakaan [dah macam perpustakaan pula gua rasa], sebenarnya apa yang dituturkan tidak berapa tepat. Tetapi gua bukannya kata tidak cepat, tetapi kalau handle kes pusaka ni sebenarnya bukan perkara yang harus dianggap enteng dan mudah. Bilamana bukan perkara enteng dan dianggap mudah, maka sudah tentulah prosesnya juga mengambil masa. Jadi, mengatakan membuat Wasiat dapat mempercepatkan proses pengagihan harta pusaka sebenarnya tidak berapa tepat. Cuma ada kes-kes tertentu sahaja ianya menjadi secepat dan selaju LRT.

Nah, barangkali lu orang dah boleh mengatakan bahawasanya tidak perlulah untuk membuat Wasiat jikalau serupa itu, iye tak? Jadi, untuk apa sebenarnya lu orang membuat Wasiat? Jawapan yang akan gua berikan adalah kerana, melalui Wasiatlah sebenarnya lu orang boleh membuat kebajikan dengan menyatakan derma sedekah jariah tidak kurang daripada 1/3 jumlah harta yang ada. Nak bagi ke Masjid ke, Surau ke, Rumah Anak Yatim ke, silakanlah. Bukankah itu yang menjadi bekalan buat kita semua "di sana" kelak? Sepanjang penglibatan gua dalam arena perpusakaan ini, pernah jugalah berkali-kali gua terlibat dalam penyerahan cek kepada mana-mana badan kebajikan yang mana ada diantaranya bernilai sebuah Nissan Almera. Paling tidak, gua dapat "tumpang" sikit pahala arwah kerana menyampaikan hasrat murni beliau pun sudah memadai. Manakala, selebihnya 2/3 bahagian lagi, lu orang nak serahkan kepada waris-waris yang ada mengikut pembahagian masing-masing terserah. Soal mendapat bangkangan ke, itu pandai-pandailah pegawai pusaka tersebut nak uruskan bagaimana. Pengalaman gua mengendalikannya, jarang betullah ada pertelingkahan waris. Elok sahaja bermuafakat. Barangkali, disitulah fungsinya sesi pembacaan Wasiat dengan semua waris-waris yang ada.

Selain itu juga, kepada sesiapa yang tidak mempunyai anak / waris / sebatang kara / mempunyai anak angkat juga amat-amat digalakkan untuk menulis Wasiat.  Maka, golongan sebeginilah yang patut menulis Wasiat 1/3 untuk menderma demi memastikan kelangsungan pahala berterusan. [anak angkat juga tergolongan dalam penerima bukan waris, maka layak juga untuk menerima 1/3 bahagian harta pusaka tersebut melalui Wasiat]

Berbalik kepada tajuk entri di atas, cepat atau lambat / cara pembahagian dituruti atau tidak sebenarnya bergantung banyak faktor. Tapi bos gua pernah beritahu. Kalau cara mana dapatkan harta itu dengan elok, maka elok jugalah pembahagian / cepat jugalah pembahagian sesuatu harta pusaka tersebut. Amacam?? Ada rasa nak buat Wasiat ke tidak sekarang ni? ASB sama Tabung Haji banyak-banyak tu nak kasi sapa??

Thursday, June 20, 2013

Petua Elak Silau Memandu Di Malam Hari

Ada nampak button kat bawah cermin pandang belakang tu?? [gambar gua pinjam GT punya]
Amacam, gua memang suka membubuh tajuk yang entri yang panjang. Kali ini gua nak kongsikan tentang satu petua ringkas. Gua berani jamin, berapa kerat sahaja yang mengetahui tentang apa yang ingin gua kongsikan. Lu orang sudah tentu pernah mengalami pengalaman silau yang begitu menyakitkan hati apabila pulang ke kampung halaman di waktu malam secara tak semena-mena ada kereta yang meluru seperti kereta api laju daripada arah belakang sambil disilaui dengan lampu putih yang begitu menyakitkan mata dan tak  kurang juga menyakitkan hati. Dalam hati terdetik, pasti jenis kereta-kereta mahal buatan Jepun mahupun Eropah sedang meluru laju. Bertambah menyakitkan hati, kereta tersebut berulang kali memberikan lampu tinggi seolah kereta dia yang paling laju. di muka bumi meminta diberikan laluan. Sekali bila dah diberikan laluan, yang melepasi cumalah Myvi SE 1.5. Sakit hati betul dibuatnya. Rasa macam nak bagi penendang, iye tak? Tak mengapalah. Barangkali pemandunya sedang mengalami sakit perut dan perlu bergegas ke R&R berikutnya. Kita bersangka baik sahajalah. Tapi jadah apa yang pergi pasang lampu putih serupa lampu limpah stadium yang silau itu sapa suruh??

Ok, disebabkan oleh itu, izinkan gua untuk berkongsi dengan lu orang satu perkara. Perasankah lu orang tentang satu button [butang/alat pemetik kecil - sori, gua tak berapa pasti nak panggil mende alah ni] yang terletak di bahagian bawah cermin pandang belakang. Jikalau berhadapan dengan kejadian silau-menyilau ni, maka apa yang perlu lu orang lakukan hanyalah dengan menolak/menariknya ke atas sahaja. Maka secara automatis pandangan lu orang tidak lagi akan berasa silau kerana cahaya lampu putih tersebut telah pun dipantulkan ke bahagian atas, Tapi lu orang jangan risau, sebab pemandangan lampu-lampu kereta di bahagian belakang masih lagi jelas kelihatan tanpa perlu berasa risau tentang silau. Kalau lu orang tak percaya, cubalah ketika memandu di kala bulan mengambang malam hari. Insya Allah masalah silau ini dapat diatasi dengan jayanya. Kalau silau di siang hari tu, pandai-pandailah lu orang nak cari spek hitam pakai. 

Wednesday, June 19, 2013

Aku Sebuah Power Bank



Aku adalah sebuah Power Bank. Iye, begitulah tajuk yang ingin aku sampaikan kepada semua pembaca budiman semua. Jangan dihairankan dengan tajuk yang sebegini. Bukankah semasa kita semua bersekolah rendah dahulu acapkali cikgu Bahasa menyuruh kita menulis karangan seperti Aku Sebuah Pembaris, Aku Sebuah Pensil, Aku Sebuah Buku dan tak kurang juga Aku Sebuah Kasut Sekolah. Maka, sejajar dengan arus permodenan dan zaman teknologi, maka terbitlah cerita Aku Sebuah PowerBank ini. Iye, aku memang sebuah PowerBank yang mempunyai kuasa 5000mAh. Buat yang tidak tahu mAh itu bererti Milliamps Hour yang berfungsi untuk mengukur ke-power-an sesebuah bateri. 

Nama ku, Romlan Askolani Abdullah Nama asal ku, Zhao Jinhua dan berasal dari sebuah daerah pedalaman China, Guangxi. Ibu bapa ku adalah seorang pesawah di kampung. Kami semua hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun agak terpencil dari arus kemodenan. Kami cuma memerlukan kemudahan yang sangat asas untuk terus hidup. Sungguhpun demikian, kelajuan Wifi dikampung ku sudah lama mempunyai jalur lebar tertaraf 4G secara percuma sedangkan ditempat baharu ku ini baru sahaja sibuk nak lancar sana sini. Walaupun di mata kasar kami hidup serba kekurangan, namun kami amat mengikuti setiap perkembangan yang terjadi di luar sana. Sebarang bentuk berita gempa bumi mahupun berita majlis perkahwinan bertaraf diraja tetap dapat kami semua ikuti di kampung tanpa sebarang masalah. Setakat nak menonton klip video dak Bobo yang semakin popular itu sikit pun tiada sebarang masalah dan gangguan.

Namun, apa bila kepulangan salah seorang teman akrab ku ketika sambutan Tahun Baru yang lalu, membuatkan hati aku tergerak sama untuk berhijrah ke bandar. Setelah mendapat restu dari kedua orang tua ku, maka aku tekadkan hati untuk berhijrah. Cadangnya untuk ke Jepun, boleh juga menyambung pengajian dalam bidang IT. Namun bimbang kerana faktor kos kehidupan yang sememangnya tinggi di negara Ninja tersebut. Akhirnya aku memilih untuk ke Malaysia sahaja. Berdasarkan carian di Internet, PowerBank seperti aku ini semakin mendapat perhatian sana sini. Barangkali ini peluang terbaik untuk aku untuk ke sana.

Setelah menempuh perjalanan melalui udara selama berjam-jam lamanya, akhirnya aku selamat tiba di bumi Malaysia tercinta. Mujur juga urusan kastam dan juga imigresen berjalan lancar. Dengan menggunakan ejen, aku akhirnya di bawa terus ke sebuah kedai IT-IT di kawasan yang tidak berbukit tetapi mempunyai bintang-bintang di malam harinya. Ternyata, begitu ramai sekali kaum kerabat aku yang berada di sini. Dari sekecil-kecil power 2000mAh sehinggalah kepada 500000mAh. Power sungguh,. Jenis boleh buat jump-start bateri kereta barangkali. Tidaklah rasa keseorangan bila berada di Malaysia ini bila mana begitu ramai sekali sahabat handai ku di sini. Oh ya, dalam tempoh berada di kedai itu, sempat jugalah aku membuat panggilan sidang video kepada kedua ibubapa di kampung. Bimbang juga dituduh derhaka tak ingat ke ibubapa kan bila dah tinggal di kota ini.

Untuk makluman semua, setelah hampir 3 minggu tinggal di kedai ini, akhirnya aku telah dibeli oleh tuan ku. Aku begitu gembira kerana dapat berkhidmat dengan tuan ku. Fungsi ku sudah tentulah untuk menge-charge bateri telefon bimbit beliau. Bangga jugalah dapat membantu tuan ku ini dikala kesusahan kerana kehabisan bateri. Maklumlah, telefon bimbit zaman sekarang ini dengar kata pakai tak sampai sehari sudah habis power-nya. Sewaktu berkawan dengan tuan ku ini, aku akhirnya terbuka pintu hati untuk menerima Islam. Maklumlah, kadang ada juga aku di bawa sama ke majlis-majlis agama mendengar syarahan dan juga kuliah Subuh....... Ah, tiba-tiba gua rasa macam malas pula nak habis kan sambungan cerita ni. Karang tak pasal pula gua dituduh khurafat sebab menyebarkan cerita berunsur tahyul macam ni. Kahkahkah!

Wednesday, June 12, 2013

Kisah Brader Jaga Trafik Sukarela

Brader Jaga Trafik sedang menjalankan tugasnya

Kepada pengguna laluan Jalan / Persimpangan Jelatek / Setiawangsa mahupun Persimpangan Yap Kwan Seng / Jalan Tun Razak / Jalan Ampang, gua kira kelibat brader yang persis Anggota Trafik sambil sebuah motor EX5 yang agak usang diparkir berdekatan  amat sinonim di waktu petang di kala iblis jem mula merasuk jalanraya sekitar Kuala Lumpur ini. Sekali imbas, memang iras, dengan Baju Kalis Hujan berwarna Hijau Trafik, berseluar gelap, bersarung tangan putih, memang saling tak tumpah Anggota Trafik Jalan Bandar. Tapi gua yakin, brader tersebut bukanlah Anggota Trafik sebenar. Nak kata Polis Trafik bukan, Polis Bantuan bukan, Polis Hutan pun jauh sekali. Maaf, gua sendiri tidak mengetahui profession sebenar beliau. Tapi setiap petang memang kelibat brader ni memang mudah nak tengok pada setiap jalan yang gua nyatakan. Niatnya hanya satu, untuk membantu melicinkan aliran trafik terutamanya di hadapan persimpangan lampu isyarat, yang mana kenderaan di Kuala Lumpur ini amat gemar untuk berhenti di Petak Kuning. Ternyata, kehadiran brader tersebut sedikit sebanyak membantu buat pengguna jalanraya yang lain.

Gua fikir sudah sampai masanya cerita brader yang jaga trafik ini diangkat dan dihargai andai benar beliau melakukannya hanya secara sukarela. Andai ada yang berkata beliau seolah gila untuk membuat kerja segila ini, ketahuilah tiada insan yang segila beliau gigih berdiri dikala hujan lebat, sama seperti mana Anggota Trafik sebenar yang sememangnya mendapat upah yang jauh lebih lumayan. Kalau gua punya masa, memang gua teringin betul nak temuramah beliau. Paling tidak, gua nak ucapkan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat secara sukarela . Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Tuesday, June 11, 2013

Panduan Mudah Untuk Ke Bandung


Memandangkan gua dah ada pengalaman dua kali ke Kota Bandung, maka sewajarnya juga kongsikan tentang panduan mudah untuk sapa-sapa ke Bandung. Sejujurnya, gua memang jatuh hati dengan Bandung. Dua kali pergi, dua kali itu jugalah gua jatuh hati dengan Kota Bandung ini. 
  1. Di dalam penerbangan, pastikan membawa pen untuk menulis Borang /  Kad Kemasukan ke Indonesia. Leceh juga karang nak pinjam-pinjam pen dengan penumpang kat depan tu. Kalau jenis yang datang secara jemaah dua tiga saf surau,pastikan ada pen lebih sama iye. Banyak juga sebenarnya maklumat yang nak kena isi dalam Borang tu.
  2. Touch down je Bandara kat Bandung sila pastikan roaming telah diaktifkan. Tapi gua fikir, elok juga kalau nak dapatkan kad prabayar versi Indonesia tu. Lagi jimat sebenarnya.
  3. Jangan lupa aktifkan juga pengeluaran kat ATM di luar negara. Dari Kota Bandung pun lu orang boleh call balik Khidmat Pelanggan Bank tersebut kalau terlupa nak aktifkan. Bukannya apa, mana tahu sesak-sesak boleh juga keluarkan barang sejuta dua rupiah tu kan. Macam gua yang menggunakan perkhidmatan Maybank, silalah cari BII yang juga merupakan Maybank versi Indonesia di sana. Tiada caj pengeluaran dikenakan. (Tak salah gua, RM12 akan dikenakan untuk setiap kali pengeluaran kalau menggunakan bank lain)
  4. Elok juga sebelum sampai ke Bandung ni lu orang mendapatkan / menempah supir siap-siap. Harga untuk sehari menyewa kereta & supir biasanya sekitar Rp. 400.000 termasuk dengan petrol dan juga tips (rate standard untuk penggunaan Avanza dan yang sewaktu dengannya). 
  5. Upah untuk si supir (yang mana kebiasaannya bekerja untuk pemilik kenderaan tersebut) untuk sehari adalah setelah ditolak kos sewa kenderaan kepada supir daripada pemilik adalah Rp.150.000 sahaja (Rp. 250.000 adalah untuk pemilik). Daripada jumlah Rp.150.000 yang tinggal inilah si supir harus menggunakan untuk bayaran petrol + tips kepada penjaga parkir / lalulintas yang mana biasanya baki yang tinggal sebagai gaji si supir seharian sekitar Rp. 70.000 - Rp. 80.000 sahaja. Memang sikit. Jadi, di akhir trip ke Bandung, jikalau Rupiah masih lagi berbaki, apalah salahnya lu orang sedekahkan kepada si supir tersebut. Mereka pun dah membawa lu orang ke sana ke mari + tolong mengangkat plastik barangan Bandung lagi + tolong jagakan anak yang ketiduran dalam kereta misalannya. Kalau lu orang tak percaya, sesiapa yang dah upah supir, silalah bertanya tentang berapakah upah yang mereka dapat.
  6. Selain terkenal dengan kain yang murah-murah, Bandung ini juga terkenal dengan Perfume yang diinspirasikan. Harga untuk sebotol bagi 50ml adalah sekitar Rp.50.000. Gua sangat syorkan kedai Win Perfume. Kualiti patinya memang jenis elok. Menyesal juga gua cuma beli dua botol sahaja. Ceh, dia punya ketahanan wangi memang diperakui. 
  7. Silalah ke Aria Jeans yang terletak di Jl. Merdeka untuk menempah jeans / blouse / jubah mahupun jaket berasaskan kain jeans. Memang pelbagai material yang ditawarkan. Pergi pagi, petaang dah boleh siap. Jangan lupa minta diaorang hantarkan ke hotel sekali iye. (servis ini memang ditawarkan oleh Aria Jeans). Harganya pula, memang murah.
  8. Ubat sakit perut cap Chikit Tek Aun itu amat-amat diwajibkan untuk dibawa bersama ke Bandung. Ramai juga yang mengalami cirit-birit sewaktu ke Bandung ini. Maka, segala bentuk pemakanan di gerai-gerai ditepi jalan amatlah tidak digalakkan sama sekali. Leceh juga orang lain sibuk membeli belah, awak pula sibuk nak cari tandas.
  9. Kat Bandung ini memang bersepah Factory Outlet (FO) sana sini. Antara yang gua boleh syorkan adalah Heritage, Bali Heaven, Anak Kechil, Rumah Mode dan juga Warta (ok, Warta ni gua acah aja)
  10. Sewaktu di Pasar Baru, silalah berhati-berhati meletakkan dompet. Afdalnya pakai yang jenis Sling Bag letak di bahagian hadapan. 
  11. Eloknya peruntukkan seharian untuk menawaf Pasar Baru sahaja iye kerana nak menghabiskan satu tingkat pun makan masa berjam lamanya. Inikan pula nak menghabiskan kesemua tingkat yang ada. Silap haribulan, mau kena repeat datang balik esoknya.
  12. Skil tawar-menawar haruslah power sewaktu berada di Pasar Baru. Kebiasaanya harga yang dibuka memang tinggi sedikit. Jadi, pandai-pandailah nak menawar.
  13. Sewaktu pergi ke Tangkuban Perahu itu, hati mau sikit kering dengan penjual-penjual cenderahati yang sentiasa mengekori ke mana sahaja. Jangan mudah terpengaruh. Kalau nak beli juga cenderahati, silalah berkunjung ke gerai-gerai jualan yang terdapat di sana. Dan jangan lupa untuk mengaktifkan skil tawar-menawar. Gua beli Jam Dinding yang ada tulis Hard Rock bersaiz besar itu pun cuma Rp.80.000 sahaja walhal harga yang dibuka kepada pada mula Rp.150.000.
  14. Silalah berkunjung ke Kartika Sari pada hari terakhir ataupun malam sebelum pulang sekiranya penerbangan pulang di awal pagi keesokannya. Selain daripada beli kek yang sedap itu, silalah beli juga Pisang Bolen yang tersangatlah sedapnya juga. (Untuk makluman, setiap kek yang dijual ini tidak mampu bertahan lama, sekitar 3-4 hari selepas tarikh pembuatannya. Sebab itu gua suruh lu orang beli pada hari nak balik)
  15. Bab makan pula, Kota Bandung ini banyak menyajikan masakan Padang & Sunda. Tapi gua lagi suka jenis yang Sunda daripada Padang. Antara yang gua syorkan adalah Kedai Belacan , Karamba Cafe dan juga Restoran Sangkuriang. Tapi kalau masih tak kena selera juga, silalah berkunjung ke KFC yang berhampiran. Sumpah, rasa KFC dia lagi sedap dari yang kita punya.
  16. Sebagai salah satu ikon kepada bangsa Indonesia, gua rasa kalau lu orang tak mencuba Teh Botol macam tak sah pula. Silalah dapatkannya.
  17. Silalah buat penambahan berat bagasi kerana sangat-sangat dikhuatiri bagasi yang dibawa bakal beranak-pinak. Lagi mahal woo caj yang AirAsia kenakan kalau terlebih.
  18. Sebelum balik, silalah pastikan setiap ahli jemaah rombongan ada menyediakan Rp.75.000 seorang sebagai cukai penerbangan yang akan dikenakan oleh pihak berwajib Bandara. Budak-budak pun kena cukai juga iye.
  19. Berkenaan penginapan pula, pilih yang biasa-biasa pun tak menjadi kesalahan. Sekadar tempat nak tidur aja. Macam membazir pula rasa ambil hotel yang berbintang-bintang ni.
  20. Memandangkan kebarangkalian untuk penerbangan balik delay adalah sangat tinggi, maka silalah tinggalkan sedikit Rupiah yang ada sewaktu berada di Bandara. Boleh juga lu orang nak beli roti inti kacang sama air kotak buat hilang lapar sementara menunggu pesawat tiba. Now everbody can cry.



Friday, June 07, 2013

Kisah Ke Singapura


Ok, kali ini gua nak kongsikan tentang / tatacara / apa yang menarik pasal Singapura tu. Gua yakin,ramai yang teruja nak pergi ke sana, lebih-lebih lagi bilamana wujudnya USS tu.

  1. Gua rasa, paling senang ikut Tuas/Link Kedua nak ke Singapura. Lepas Titik Periksa [Check Point] Malaysia, dah terus lalu jambatan melintasi Selat Tebrau. Dari apa yang gua maklum, Tambak Johor biasanya akan sedikit sesak tiap kali hujung minggu.
  2. Sebelum nak sampai Tambak Johor / Tuas, pastikan kredit Sentuh & Pergi [Touch N Go] lu orang berada pada tahap cemerlang dan terbilang bagi tujuan keluar masuk ke Singapura. Wang Tunai ke, Kad Kredit ke, Kad Debit ke, Kad iTalk ke tidak diterima. Harap maklum. Lebih-lebih lagi bila guna Link Kedua, lalu Plaza Tol Kedai Lima tu semua kena guna kad elektronik ok.
  3. Kalau lu orang pertama kali memandu ke Singapura macam gua, lepas pemeriksaan Imigresen Singapura tu, berhentilah kat tepi tu (lu orang akan nampak ada dua tiga biji kereta berhenti) untuk beli/daftar Autopass yang berharga $10. Autopass ini berfungsi sebagai VEP [Vehicle Entry Permit] bagi kenderaan yang kita pandu masuk ke sana. Untuk makluman, Autopass ini juga boleh digunakan untuk pembayaran elektronik untuk mana-mana tempat parking yang menyediakannya. Tapi harus barang diingat, Autopass ini tidak boleh dipindahmilik sesuka hati. Satu kad, untuk setiap kenderaan. 
  4. Gua fikir, GPS juga adalah satu benda yang wajib ada untuk sesiapa yang memandu masuk ke sana. Senang nak tuju ke sana ke mari. Zaman sekarang ni mana ada orang pakai peta lagi der.  
  5. Kalau lu orang pakai henfon jenis bayar dulu baru guna (prepaid) pastikan kredit lu orang ada dalam lebih kurang dua juta. Karang tak pasal kena tolak kredit sebab sibuk nak buat panggilan itu ini. Jenis yang pakai bil, pun eloklah roaming kan siap-siap. Setel.
  6. Gua perati keadaan jalanraya Singapura cantik aja..waima lu orang lalu kat sebelah jalan yang tengah dok buat baru. Jangankan lubang, batu besar guli pun lu orang takkan jumpa. Sebabnya undang-undang yang begitu ketat di sana, memastikan kebersihan jalanraya untuk orang awam guna terjaga, apatah lagi sewaktu pembinaan jalanraya. 
  7. Subara selayaknya diangkat kereta Nasional Singapura. Deruman Boxer [bukannya boxer yang ada gambar Sponge Bob tu] bersepah-sepah tak tentu hala. Impreza Ver.10 tu pun selamba aja parking bawah flat. Yang dah berkeluarga, pakai la Forester sama Exiga. Yang bergaji lebih $10,000, pakai Legacy, baru nampak imej bos-bos.
  8. Honda Jazz pun sama bersepah macam Myvi [Sepat]. Tengok depan nampak GE kaler biru air laut. Toleh kanan nampak GE kaler merah menyala. Toleh kiri aja nampak amoi tengah nak melintas jalan.
  9. Pemandu-pemandu Singapura amat-amatlah menghormati pejalan kaki. Tak macam pemandu Malaysia, amat-amatlah nak terasa macam nak bagi kaki kalau yang melintas jalan tu macam siput babi.
  10. Kalau memandu dan ternampak palang ERP [Electronik Road Pricing] benda alah tu sebenarnya tol yang akan dikenakan kepada setiap kereta yang melaluinya. Percuma hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Kalau ada yang menggunakannya pada hari biasa, tak perlu risau. Bayaran $5 akan dikenakan untuk penggunaan seharian tanpa mengira berapa banyak lalu kat ERP tu. Cuma, pastikan lu orang tambah nilai Autopass itu di E-Elevan.
  11. Parking kat bawah flat harus diingat bukannya percuma ye. Percuma bermula jam 5.30 hari Sabtu sampailah hari Ahad dan juga cuti umum. Tapi waktu malam bermula jam 10.30 malam sehingga jam 7.00 pagi setiap hari akan tetap dikenakan bayaran $4.00 menggunakan koupon yang boleh dibeli di mana-mana kedai serbaneka. Caj untuk parking adalah $0.50 untuk setiap ½ jam. 
  12. Tentang petrol pula, kalau boleh sebelum memandu masuk ke Singapura, buatlah isian penuh di Hentian R&R Geylang Patah (guna Link Kedua). Kalau agak-agak tak cukup, terpulanglah sama ada nak isi guna RON95 & RON98. Harganya takdelah jauh beza sangat. Kalau rasa macam sadis sangat, nak isi RON92 pun masih dijual lagi kepada pengguna di sana.
  13. Sistem pengangkutan awam Singapura pada perkiraan gua dah cukup efisyen. Setiap hentias bas, biasanya akan ada stesen MRT. Dan stesen MRT merangkumi segenap pelusuk bumi Temasek. Kiranya lu orang takkan terputus dengan sistem pengangkutan awam. 
  14. Untuk beli kereta di sana, lu orang kena beli juga COE [Certificate of Entitlement] ni dulu. Harganya berbeza mengikut cc kereta. Dan COE ni pula ada had sehingga 10 tahun sahaja, lepas tu lu orang kena bida semula untuk dapatkan COE yang baru dan kereta yang lu orang dah pakai selama 10 tahun pergilah hantar scrap. Kalau kat Malaysia, kereta kurun ke 18 pun masih wujud lagi jalan macam ketam.
  15. Bercerita bab makanan memang tak sah. Mana-mana tempat lu orang pergi, mesti tanya mana tempat makan yang best. Gua rasa, kalau lu orang pergi Singapura tapi tak pekena Nasi Beryani sama Murtabak Singapura memang tak stail langsung. Wajib untuk lu orang pergi area Arab Street, depan Masjid Sultan. Lu orang akan nampak Restoran Zam-Zam sama Restoran Victory. Dua-dua ni ada jual Nasi Beryani & Murtabak Singapura yang sedap. Lepas makan, lu orang boleh la pergi jalan-jalan area Arab Street, tengok kedai jual kain. Tempat orang perempuan rambang mata.
  16. Pasar Geylang Serai antara merupakan tenpat tumpuan orang Melayu Singapura dan Melayu bukan Singapura. Sebabnya kalau nak pekena Rojak sama Mee Siam kat sinilah tempat dia setelah penat membeli barangan basah kat belah bawah. Tingkat atas menempatkan pelbagai jenis gerai yang menjual segala mak nenek makanan yang sedap-sedap. Selain tu, ada juga kedai-kedai yang menjual pakaian untuk orang perempuan rambang mata juga.
  17. Gua pernah memandu waktu malam kat atas litar jalanan F1 cuma tidak dipasang dengan lampu sorot aja.  Kalau tidak, mesti gua dah feeling serupa Sebastian Vettel aja. Gua terbayang dah kalau-kalau F1 kat Malaysia tahun depan diaorang buat kat area Bukit Bintang tu je. Amacam?? 
  18. Masa merambu diwaktu malam, pakcik gua sempat juga bawa pusing-pusing kawasan Marina, terjumpalah tempat yang bernama Casino. Pakcik gua bilang, warga Singapura kena bayar, kalau nak masuk tapi untuk pelancong masuk dalam tu percuma. 
  19. Singapore Flyers tinggi berapa puluh tingkat tah jangan harap gua nak naik. Gayat gua ni bukannya boleh harap sangat. Jadi, gua lalu kat tengok dari bawah cukuplah. Itu pun dah rasa gayat. Ceh.
  20. Dan tarikan utama Singapura adalah Universal Studio. Semenjak buka memang ramai ke sana. Nak senang, lu orang tempah duduk di TuneHotel JB. Kemudiannya guna perkhidmatan Shuttle yang turut disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Pergi USS awal pagi. Lewat petang pulang semula ke TuneHotel. Esok paginya pulang. Habis cerita.
  21. Tapi kalau nak memandu juga ke USS tu, sila pastikan $26.00 atau pun lebih sikit diasingkan untuk bayaran parking kat USS tu. Nak jimat sikit, parking kat Vivo (Shopping Mall). Dari Vivo tu boleh gunakan perkhidmatan terus ke USS.
  22. Dengar kata, sekarang ini kadar pertukaran duit antara RM dan Dollar Singapore memihak jugalah walau sedikit ke kita ni berbanding beberapa bulan sudah. Kalau ada lebih duit bonus yang kalau dapat tu, boleh juga gua menyinggah ke sana kejap. 

Tuesday, June 04, 2013

Kisah Si Onde-Onde 2013


Memandangkan tidak berapa lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelang, maka sewajarnya gua mengangkat martabat kuih yang sangat digemari oleh warga veteran dan juga separa veteran seperti gua berkenaan kuih Onde-Onde ini. Nama Buah Melaka pun sebenarnya merujuk kepada spesis yang sama. Nama sahaja sahaja berbeza. Onde-onde dewasa ini semakin dilupakan oleh anak muda yang ternyata lebih menggemari kuih moden. Sejajar dengan era modenisasi barangkali. Gua syak, Onde-Onde ini juga selayaknya diangkat martabak oleh mana-mana Universiti untuk dibuat Logo seperti mana Donut yang telah diangkat martabatnya oleh salah satu Universiti Islam untuk dibuat Logo. Bila dah siap Logo, maka bolehlah pula dimasukkan kedalam mana-mana Buku Rekod yang ada.


Sebagai orang yang sedang menginjak usia ke separa veteran ini, maka sewajarnya juga gua amat menggemari Onde-Onde ini. Gua suka jenis yang tak terlalu besar, besar saiz duit syiling 20sen yang lama itu. Saiz duit syiling 20sen yang baru itu terasa kecil pula kalau dibuat Onde-Onde ini. Yang penting, isi gula merah di dalamnya harus dimasak sempurna. Sewaktu mula menggigit Onde-Onde di dalam mulut, letusan pertama Gula Melaka yang mencair adalah perkara yang cukup sempurna bilamana memakan Onde-Onde ini. Sewaktu bulan puasa juga, Onde-Onde ini boleh dikatakan sebagai benda yang wajid yang harus ada dalam menu pembukaan puasa gua. Kadang, gua kunyah Onde-Onde dulu baru kunyah Kurma. Tapi harus barang diingat, kalau silap pembuatannya, Onde-Onde ini boleh jadi liat sehinggakan boleh membuat orang rasa tercekik sewaktu mengunyahnya.

Cuma yang menjadi sedikit kekesalan di hati, dewasa ini ramai orang yang tidak mahir untuk membuat Onde-Onde. Rupa seperti Onde-Onde, tetapi bila dikunyah, selipar rasa ditekak. Cuma harapan gua menjelang Puasa nanti, Onde-Onde ini kembali ke zaman kegemilanganya yang semakin layu di arena per-kuih-an. Dan kepada bakal peniaga Onde-Onde, silalah meniaga dengan seikhlas hati. Tolong jangan hampakan harapan Peminat Tegar Onde-Onde seperti gua.

Gambar Ihsan: Google

Monday, February 25, 2013

Mari Bersembang Dengan Nazim Seorang Ejen Takaful- Prudential BSN

Amacam, bukan main panjang lebar lagi tajuk yang gua bubuh. Gua ada seorang rakan, Nazim (bukan nama sebenar) namanya. Selain daripada mempunyai kerjaya tetap yang mempunyai KWSP, beliau juga merupakan seorang ejen Insuran Takaful yang semakin berjaya di Lembah Klang dan juga Batu Pahat. Gua memang suka sembang dengan dak Nazim ni. Beliau merupakan seorang yang amat baik hati. Pekertinya jangan cakaplah. Berbudi bahasa. Kalau lalu depan mertua, jenis yang tertunduk-tunduk. Memang sesuai untuk dibuat calon menantu lagi..kehkehkeh. Ok, jom layan antara sesi persembangan yang telah dijalankan dalam dua tiga hari sudah.

Gua : Ajim..oo Ajim..Gua perati lu macam sibuk aja..?
Nazim : Hah, ni baru gua berlakon sibuk, lu dah terpedaya. Kalau betul-betul gua sibuk, dah tentu lu lagi mudah terpedaya.
Gua  : Ceh..terpedaya sungguh gua rupannya.
Nazim : [Hanya tertawa kecil, lantas menampakkan lesung pipitnya yang beliau perasan bajet comel]
Gua  : Ajim., gua ingat nak interview lu sikit la petang-petang ni. Itu pun kalau tak mengganggu lu di kala ini.
Nazim : Isk..berderau juga ada orang nak temuduga gua nih. Jarang ada orang nak temuduga gua. Selalunya gua yang temuduga orang lain tanya diaorang dah ada insurans ke belum..
Gua  : Hah..memang gua nak interview lu pasal insurans la ni. Gua dengar, area Lembah Klang ni habis lu tapau dah?
Nazim : Er, apa tapau-tapau ni?? Mana ada. Itu semua fitnah belaka. Lu jangan jadi serupa akhar arus perdana, asyik nak fitnah orang aja kerjanya.
Gua  : Eceh, lu jangan samakan  gua dengan akhar arus perdana. Gua ni taraf indie aja. Ok, sekarang ni cuba lu ceritakan sikit tentang penglibatan lu dalam hal ehwal dunia insurans ni.
Nazim : Gua ni takde la otai sangat dalam dunia penginsuranan takaful ni. Baru dalam beberapa tahun ni aja gua mula menjebakkan diri. Lu pun tentu tahu kos perubatan akhir zaman mahal serupa kapal selam. Selain daripada membantu masyarakat untuk mendapatkan perlindungan takaful yang terbaik ,disamping itu dapat juga gua menambah duit poket. Lepaslah gua nak beli Milo 3 in 1 kat rumah tu.
Gua  : Wah..bagus-bagus. Kira serupa Milo jugaklah lu ni iye.
Nazim : Ni apsal lu kaitkan gua dengan Milo pulak ni?? Lu fikir muka gua ni manis serupa Milo Ais ikat tepi ke??
Gua  : La..tadi lu jugak sebut Milo 3 in 1. Gua sebut jela balik.
Nazim : Tapi kenapa mesti lu sebut Milo Ais ikat tepi?? Tekak gua dah mula terasa kering ni wei...Jomlah kita turun kedai mamak, gua payung lu ..amacam??
Gua  :. ........ [tiada sebarang konversasi dijalankan kerana gua telah pun mengikuti beliau untuk pekena Milo Ais]

* Ok, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dari member gua ini, tak kira lu orang duduk ceruk mana sekalipun, Insya Allah beliau sanggup berjumpa dengan lu orang. Sebut sahaja nama tempat, Kajang, Batu Caves, Tongkang Pechah, Pasir Gudang, Parit Buntar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Ampang Park, Sentul, Meru, hatta Kg Sogo sekalipun beliau sudi untuk berjumpa dan berkongsi pengetahuan tentang perlindungan yang sepatutnya lu orang dapat. Silalah hubungi beliau di 019- 775 8381.

Thursday, December 08, 2011

Siri Bersembang Dengan Komputer - Siri 3

Macam biasa, sejak akhir-akhir ini otak dalam kepala ni bukan main tepu lagi. Bukan gua seorang sahaja yang mengalaminya, malah rakan setepu gua yang lain pun sama. Takat tepu dah jatuh ke paras -15C' dia punya tepu. Memang tepu habis. Tapi dalam gua berkeadaan tepu, mujur masih ada komputer gua yang sudi menemani bertanya khabar.

PC   : Assalamualaikum bang..
Gua  : Waalaikumussalam warahmatullah.. Hah, ni apa hal pulak tegur-tegur gua ni? Itu hari gua tegur, lu bukan main eksyen lagi..kejap-kejap buat hang.
PC   : Alah abang ni..sejak akhir-akhir ni bukan main stress lagi saya tengok. Kejap-kejap mengeluh. Tak baik bang mengeluh ni.
Gua  : Mana tak stress nya, kejap-kejap lu ni hang. Macam mana gua nak buat kerja. Itu belum lagi gua kena bambu dengan kastemer lagi. Banyak benda gua kena fikir sejak akhir-akhir ni.
PC   : Bab hang tu, memang saya tak boleh nak buat apalah kan. Nak buat macam mana, memang kondisi saya yang boleh dikatakan sebagai komputer veteran. Ini pun mujur juga saya masih boleh berbakti kepada abang. Tapi bab stress yang lain tu, memang saya bersimpati. Bersabarlah bang. Ini kan namanya dugaan hidup.
Gua  : Amboi..bercakap pasal dugaan hidup dengan gua iye. Macamlah pernah menghadapi dugaan hidup.
PC   : Betullah bang saya cakap tu. Ingat apa, jadi komputer ni pun banyak dugaan jugak tau. Mana satu nak pilih OS, mana satu nak pilih RAM, nak kena pilih anti-virus lagi. Itu belum lagi kena bambu dengan kastemer macam abang ni. Asal hang aja nak carut. Bawak-bawaklah istigfar sikit.
Gua  : Perh..boleh tahan juga iye lu tarbiyahkan gua. Serupa Imam Muda aja gua tengok perangai lu ni.
PC   : Hehehe. Dulu ada juga cita-cita nak masuk Imam Muda tu, tapi Astro menolak permohonan saya. Mentang-mentanglah saya ni asal Amarika sana. Astro kata hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon. Tapi tak mengapalah bang. Kalau ada rezeki, ingat nak mohon Imam Muda cawangan Amarika tahun depan.
Gua  : Hah..suka hatilah nak masuk Imam Muda ke, Master Chef ke, sikit gua tak heran. Gua lagi tengah susah hati ni. Baik gua pergi makan dulu. Perut gua pun dah berbunyi sakan ni.
PC   : Iyelah..time makan nanti jangan lupa baca Bismillah ye.

Tuesday, November 29, 2011

Beli Kereta?

Sekarang ni memang ramai yang sibuk nak beli @ tukar kereta baru. Jurujual pun sibuklah menabur janji-janji manis pungpang-pungpang tak tentu hala kepada bakal pembeli. Yang mana dapat slip gaji baru dua bulan pun sama sibuk nak pergi kedai kereta.

Untuk yang baru pertama kali nak beli kereta, perkara pertama yang harus diberikan keutamaan adalah melihat slip gaji. Sila perhatikan betul-betul. Bukan hanya setakat tengok berapa baki bersih yang tinggal setelah ditolak KWSP, Socso, duit potong kelab sukan, dan tak lupa juga duit potong hutang saya mesti pilih. Kemudian barulah boleh menyinggah mana-mana bilik pameran kereta.

Dalam keadaan sekarang ni, rata-rata lebih menggemari 0 downpayment, atau senang cerita mengambil full loan. Perkara ini kelihatan amat menyenangkan kepada bakal pembeli namun harus diingat. Bila mana mengambil full loan, sudah tentu masa yang diambil untuk mencapai break even lebih lama. Lebih malang lagi, pinjaman kereta tersebut kadang mencecah 10 tahun hanya kerana semata nak berjimat bayaran bulanan. Sedangkan hakitanya, rata-rata pembeli kereta hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja dengan kereta yang dibeli dan kemudiannya tergoda untuk membeli kereta yang lain.

Maka, sebagai jalan selamat, ada eloknya dibeli kereta yang diyakini mempunyai nilai jualan balik yang agak tinggi. Antara jenama yang mempunyai nilai jualan balik yang tinggi adalah Honda, Toyota, Perodua dan tak lupa juga Ferrari. Jadi, perkiraannya mudah. Beli sahaja jenama kereta tersebut, cukup 5 tahun beli pula kereta baru yang lain. Amacam??

Wednesday, November 09, 2011

Mengantuk Tahap Gaban

Ini hari gua betul-betul rasa mengantuk. Tak patut betul mengantuk ni datang waktu gua tengah kerja ni. Semalam masa gua cuti, tak mahu pula mengantuk ni singgah ke hapa. Barangkali, penangan pekena nasi mamak kat belakang opis gua ni yang membuatkan gua rasa terkangakang atas katil lagi sedap daripada duduk atas kerusi pejabat ni.

Bila dah mengantuk ni, nak pikir apa pun tak boleh sangat. Nak menaip pun jejari gua ni dah mula rasa malas. Tengoklah macam mana, kalau keadaan mengizinkan untuk gua meletakkan kaki atas meja sambil kepada tersandar atas kerusi, gua takkan teragak-agak untuk berbuat demikian. Mengantuk ni bukanlah jenis yang boleh dibawa berunding. Tahu-tahu saja, mata dah terlelap.

ZZZZzzzzzzzzzz....

Tuesday, November 01, 2011

Siri Bersembang Dengan Komputer - Siri 2

Itu hari, selepas selesai mengerjakan ibadah makan tengahari, gua pun macam biasalah meneruskan kembali aktiviti melayari dunia internet. Sedang gua asyik melayan FB, tiba-tiba PC gua buat hal "hang". Entah iblis mana tah yang telah merasuki PC gua di waktu tengahari tu. Cilake. Serta-merta mulut gua terkumat-kamit membaca mantera. Sedang gua nak menghabis ayat yang terakhir, tiba-tiba PC gua bersuara..

PC   : Rilek la bang...apa pasal kabut sampai nak baca serapah bagai..
Gua  : Hek elek..kot iye pun lu dah tak "hang", bagi la salam dulu ke..ini tidak, tahu-tahu saja terus nak "hang" tak tentu hala.
PC   : Alah bang ni..saya ni kan dah uzur..kasik can la saya rehat pula. Ini tidak, waktu lunch pun abang sibuk nak guna saya tak tentu hala. Sebab tu la saya "hang" tadi. Tepu kejap otak saya ni.
Gua  : Kasik can la gua nak melayan FB ni kejap. Waktu lunch je..karang pukul 2 gua dah sibuk sambung kerja balik. Hilang sikit stress kerja gua ni bila melayan kawan-kawan FB nih.
PC   : Er, best sangat ke abang melayan FB ni? Saya tengok, kemain kusyuk lagi. Jangan-jangan, kusyuk time solat pun takde macam ni..iye tak bang?
Gua  : Woi-woi..lu jangan main-main bab agama sama gua..karang gua cabut plug tu karang, sia-sia je lu kena shutdown tanpa sempat mengucap.
PC   : Ok, sori-sori bang.
Gua  : Hah..tau pun cuak sama gua..
PC   : Er bang..boleh cerita sikit tak pasal FB ni..saya macam tertarik la. Ingat nak buat satu akaun, tapi tak berapa nak retilah. Abang boleh tolong create kan satu akaun FB untuk saya tak?
Gua  : La..macam mana lu sendiri pun boleh takde akaun FB ni? Nama aja kompiter. Tapi takde FB. Tak patut betul.
PC   : Nak buat macam mana bang, saya ni tak reti sangat nak bersosial sebenarnya. Dulu pernah juga create akaun Friendster, tapi tak aktif pun. Bubuh gambar pun tidak.
Gua  : Barangkali, dah sampai masanya untuk lu belajar sikit hidup bersosial. Kerja, kerja jugak kompiter. Tapi agak-agak la kan. Karang tiba-tiba keluar asap dari kepala otak lu, macam mana pulak gua nak sambung kerja weih?
PC   : Abang cari jela pengganti saya.
Gua  : Ah, jangan nak mengada-ngada cakap jenis sayu mengalahkan makwe. Sekarang ni gua nak tanya balik, lu nak ke tanak gua tolong setup FB lu ni?
PC   : Hah, mestilah nak. Saya teringin juga nak cari kawan-kawan masa sekolah menengah dulu. Entah apa khabar entah si Apple tu. Simpati juga saya, hari tu dengar dalam surat khabar, ayah dia dah mati.
Gua  : Iye la..gua tengah tolong setup kan la ni. Gua letak password FB lu 123456789 je. Karang pandai-pandai nak tukar balik.
PC   : Terima kasih bang. Er, apa pasal abang guna gambar ni sebagai gambar profile?
Gua  : Isk, ok la ni. Kan gambar lu sendiri. Gambar kompiter Dell ni.
PC   : Alah abang ni. Saya baru teringin nak guna gambar Jehan Miskin sebagai gambar profile. Abang ni tak sporting langsung la.
Gua  : Mengada-ngada pulak lu ni. Ah, lu ejas la sendiri. Gua nak pergi solat dulu. Karang pukul 2 gua nak sambung kerja balik dah. Er, lu tanak berjemaah dengan gua ke? Jom la kompiter
PC   : Ai bang..perli saya balik la tu kan..
Gua  : Kahkahkah..apa jenis kompiter tah pandai terasa hati. Dah la, gua nak pergi solat dulu. Boleh tahan sakit hati juga gua melayan karenah lu ni kompiter.

Monday, October 24, 2011

Sesi Borak Bersama Komputer

Gua memang tengah bosan. Bosan gua kalau diukur dengan ketepuan memang tak boleh blah lagi dah. Disebabkan tahap kebosanan gua melepasi tahap ketepuan, maka gua telah mengambil langkah drastik untuk bersembang dengan Komputer[PC] yang gua guna hari-hari kat pejabat ni.

Gua  : Hai PC..apa khabar?
PC    : Saya rasa brader ni orang Islam kan..kan molek bagi salam dulu ke hapa..
Gua  : Ah, manalah gua tahu lu ni jenis PC Islam ke tidak..gua tengok nametag lu Dell, jadi gua syak lu ada  keturunan Yahudi ... ok ok., sori.. Assamualaikum PC..
PC   : Waalaikumussalam Waramatullah Hiwabarokatuh. Brader, sebenarnya Dell tu nama pendek sahaja, saja nak bagi catchy sikit. Nama penuh saya Muhammad Dell Bin Abdullah
Gua  : Owh...ni mesti lu ni convert masuk Islam
PC   : Biasalah brader. Agak cepat jugalah saya ni mendapat hidayah. Bukan senang tau nak mendapat hidayah ni. Kira saya ni insan terpilihlah. Bersyukur sangat rasa.
Gua  : Hah..iyela.iyelah. Cuba lu ceritakan apa yang sebenarnya terjadi?
PC   : Baiklah brader. Sebenarnya saya ni dilahir dan dibesarkan di Texas, Amerika Syarikat. Walaupun ayah saya, Michael Dell berasal dari sana juga tetapi sebenarnya atuk saya sendiri berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Gua  : Hah..biar betul PC..mu boleh kecek klate dok?
PC   : Bulih la kecek sikik-sikik. Nak ghoyak lebih, ambo dok rgheti sangak.
Gua  : Hah..sudah-sudah. Karang dengan gua lidah berbelit. Gua ni pun bukannya reti sangat cakap Kelantan ni. 
PC   : Hihihi..
Gua  : Ah lu ni PC..gelak main tutup-tutup mulut pula. Macam perempuan!
PC   : Hek eleh brader ni..entah mana mulut saya tah, memandai je kata saya tutup mulut macam perempuan. Tapi kalau betul pun saya gelak tutup mulut, itu tandanya seorang yang sopan santun tau.
Gua  : Ha lah..gua berseloroh sikit pun nak ambil hati. Apara..Rilek la PC.. karang gua shutdown lu karang.. hah...
PC   : Hek eleh lagi..macam perempuan pula main ugut-ugut..
Gua  : Isk..makin benci pula gua sembang dengan lu ni PC..
PC   : Benci konon..tapi rindukan..hihihi..
Gua  : Hah..tengok tu..gelak jenis tutup mulut lagi..
PC   : Biarlah..
Gua  : Dahlah..malas gua nak layan sembang dengan lu lagi..baik gua sambung kerja dulu.
PC   : Eloklah pun brader..saya pun nak pergi solat Asar dulu..dah masuk waktu ni. Er, brader tak jemaah sekali ke? Kan elok ...dapat 27 pahala kalau kita berjemaah ni.
Gua  : Hah..yela-yela..lu pergi ambil wuduk dulu. Gua menyusul kejap lagi.

*Gua terus shutdown PC. Sekian.

Friday, October 21, 2011

Tentang Lelaki

Gua akan menulis tentang LELAKI sebab sememangnya gua dilahirkan sebagai lelaki. Jadah apa gua nak menulis hal perempuan walaupun hakikatnya lelaki [gua] memang meminati perempuan. Sekarang ni gua akan senaraikan apa yang lu orang patut tahu dan tak patut tahu tentang lelaki.

  1. Memang dah menjadi dasar lelaki untuk meminati besi yang bernama kereta dan motosikal. Amat jarang sekali jika ada anak muda yang meminati besi dari keturunan kapal selam mahu pun jet pejuang.
  2. Lelaki ni sebenarnya jenis yang tak banyak cakap berbanding perempuan. Kalau ada yang lelaki jenis cakap banyak tu, merupakan jenis yang tak berapa nak lelaki. Sebab tu pepatah menggelarkan orang perempuan ni "Kak Nam". Belum wujud lagi dalam Kamus Dewan Edisi mana-mana pun istilah "Bang Nam".
  3. Walau pun lelaki suka mendiamkan diri, tetapi bukan semua diam itu tanda setuju. Kadang diam itu sebenarnya tengah mengumpul kekuatan diri. Sebab lelaki tak berapa gemar nak bergaduh dengan kaum yang lemah ni. Jatuh hukum dayus der kalau gaduh dengan perempuan. Melainkan gaduh dengan lembu jantan, memang kena "standby" parang la jawabnya.
  4. Lelaki sebenarnya lebih banyak berfikir sebelum berkata-kata. Bimbang pula melukai hati pihak ketiga mahupun pihak keempat. Jadi sebab itulah sebenarnya lelaki banyak berdiam diri.
  5. Jika ditanya mengapa mereka merokok sedangkan mereka tahu merokok itu boleh memudaratkan kesihatan, itu kerana mereka merasakan bahawa duit dalam dompet masih mempunyai cucuran untuk dilaburkan pada sekotak dua rokok.
  6. Lelaki sebenarnya pantang dicabar. Maka janganlah sesekali lu orang mencabar antara satu sama lain. Sumpah, takde faedah langsung bila mana gua menerima cabaran menaiki "Superman" sewaktu di Gambang tempohari. Gampang.
  7. Bila mana dalam keadaan tertekan, biasanya lelaki masih lagi mampu berada dalam keadaan yang tenang walaupun hakikatnya yang sebenarnya hanya Tuhan yang tahu..cheewah.
  8. Pada lelaki, kelihatan kacak itu tidak berapa penting..tapi yang penting kelihatan cerdik. Tak guna kacak tapi kalau otak udang. Kacak itu boleh diperbaiki..iye tak. Ni kalau dah bingai, memang bingai la jawabnya sampai bila-bila.
  9. Perempuan suka sangat menuduh lelaki lagi ego daripada mereka sedangkan lelaki tidak pernah langsung membuat tuduhan yang sebegitu rupa. Jadi nah, siapakah yang lebih ego sebenarnya??
  10. Err, sebenarnya gua banyak lagi nak menulis perihal lelaki ni..tapi iblis manatah telah berjaya menghasut pemikiran gua supaya memikirkan tentang perempuan pula..kahkahkah.