Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Nasi Mamak Ayam Sambal


Sesungguhnya gua berasa sangat beruntung kerana berhampiran dengan lokasi tempat gua mencari nafkah demi sesuap nasi ini terdapat tempat makan yang gua kira terlalu handal untuk ditafsirkan mengikut kitab pemakanan edisi waktu makan tengahari. Marilah gua perkenalkan kepada lu orang menu tersebut. Nasi Mamak Ayam Sambal yang berlokasikan di Selangor Mansion ataupun senang kata berhampiran dengan kawasan Masjid India.

Jika sekali imbas, pasti kelihatan biasa-biasa sahaja nasi bersama lauk tersebut. Kelihatan terlalu biasa sebenarnya. Tidak ada yang luarbiasa. Tetapi setelah mulut mula menerima hirupan pertama dari kuah kari tersebut, gua berani jamin.."Wow" adalah perkataaan yang akan terpacul. Karinya tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair serupa dicampur air paip.Rasa Karinya memang "kaw" orang kata. Ok, itu baru gua cerita bab Kari. Sekarang ini mari gua cerita pula bab Ayam Sambal tersebut yang merupakan hero utama dalam cerita ini.


Jikalau lu orang jenis yang kuat melantak, saranan gua pilihlah bahagian dada ayam tersebut. Nescaya kepuasannya akan lebih terasa.Cubitan kecil ayam di bahagian dada tersebut sambil mencolek sedikit bahagian yang dikatakan sambal itu pasti akan membangkitkan selera si pemakan yang sememangnya sedang kelaparan di kala itu jelas terasa rempah ratusnya cukup rasa. Walau pun warnanya kelihatan seakan pedas tapi rasanya tidaklah sebegitu. Memang sesedap rasa orang kata. Tambahan pula hidangan ini yang sememangnya dilimpahkan dengan hirisan bawang yang membuatkan rasanya bertambah sedap. Memang hamdalah betullah rasa Ayam Sambal ini. Pada harga yang ditawarkan RM7.50 untuk set hidangan sebegini, mungkin kelihatan sedikit premium tetapi percayalah sangat berbaloi bila pekena sesekali di waktu tengahari selepas waktu Solat Jumaat. Kalau selepas itu lu orang berasa mengantuk, silalah tanggung sendiri. 


Thursday, November 07, 2013

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan


Gua fikir, kalau dicari seantero pelusuk Tanah Melayu pun gua tidak akan jumpa kuih Keria sesedap ini. Sumpah, ini adalah merupakan satu-satunya kuih Keria yang paling sedap di dunia. Tak perlu nak mencarinya sehingga ke pelusuk kampung, lu orang datang ke Melaka, atau pun lebih tepat lagi, di kawasan Limbongan lu orang sudah pun boleh mendapatkan kuih Keria yang gua gembar-gemburkan ini. Rasa kuih Keria yang diperbuat daripada Keledek yang mana kemudiannya telah dicelup bersama Gula Melaka sehingga ianya meresap ke dalam jiwa kuih Keria tersebut hingga membuatkan sang pemakannya berasa tidak cukup dengan hanya memakan seketul sahaja. Dua juga tidak cukup sebenarnya. Entah, gua sendiri tak berapa pasti berapa ketul baru berasa puas. Tetapi awas, kekerapan memakan kuih Keria ini bakal mengundang semut menghurung lu orang sehingga ke lubang tandas.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkannya? Jikalau lu orang mempunyai urusan di Melaka, janganlah lupa untuk singgah mencari gerai yang menjualnya di kawasan Limbongan. Sebenarnya tidaklah berapa susah untuk mencari gerai yang turut menjual Laksa. Masing-masing pakai telefon jenis yang pintar bukan. Buat sahaja tetapan menggunakan GPS untuk mencari kawasan Limbongan ini. Kalau nampak ada kereta sibuk berhenti tepi jalan, maka tidak syak lagilah carian lu orang terhadap kuih Keria yang sangat lazat ini telah pun berakhir. Tapi awas, gerai ini dibuka seawal jam 2 petang. Sekiranya lewat ke gerai ini, kebarangkalian kegagalan mendapatkan kuih Keria ini tersangatlah tinggi. Kecewa. Oh ya, jangan di cari kuih Keria ini pada hari Jumaat kerana gerai ini ditutup pada hari tersebut.



Tuesday, October 08, 2013

Burger Station Kg 8, Melaka


Kali ini gua nak kongsikan tempat kegemaran gua melepak setiap kali gua pulang ke Melaka, Burger Station Kg 8, Melaka. Sebelum wujudnya kegemilangan Burger Bakar, Burger Station Kg 8 telah pun wujud untuk mengisi perut khusus kepada penggemar burger. Sebut sahaja nak burger apa, semuanya wujud di sini.


Di Burger Station Kg 8 ini, menu yang menjadi pilihan hati gua sudah tentulah Burger Bakar Lembu itu sendiri. Tipikal Burger Bakar sememangnya sosnya akan melimpah ruah. Dengan daging lembu tebal yang dibakar sempurna, ditambah pula dengan kepingan keju & bacon, disertai dengan sos lada hitam & sos cili menjadikan Burger Bakar ini sebagai sesuatu yang cukup berbaloi untuk dibayar RM10.00 sebagai pertukaran.

Jadi, kalau lu orang punyai urusan di Bandar Melaka, silalah berkunjung ke Burger Station Kg 8 ini untuk mencuba pelbagai jenis hidangan berasaskan burger. Kat mana Kg 8 ni?? Silalah Google Map. Ok bai. Gua nak sambung tidur ni. MC dah dua hari ini entah bila nak elok batuk gua ini entah.