Showing posts with label JOE JAMBUL. Show all posts
Showing posts with label JOE JAMBUL. Show all posts

Wednesday, November 02, 2011

kalau otak anda masih tepu..

lama sudah tak menconteng di blog nih...
bila tahap tepu di paras maksima...
barulah tergerak ke arah tu...

masih ramai yg menghilangkan ketepuan otak dgn bermuka buku
namun kebanyakan majikan telah menyekat akses muka buku..
alasan mereka menjejaskan produktiviti...

namun ada alternatif terhadap perkara nih...
cubalah................

http://drbuku.com/

asalnya dRbook..
namun telah melihat kepopularan lagu muka buku..
mungkin dr. telah mengambil kesempatan menukar ke dRbuku...

kalo dah  surf website tu jgn lupa sign in dan add joe...
username joe ialah "AKUGILAKALAUAKUJOINDRBUKUNI" dibaca "aku gila kalau aku join dRbuku ni"

sekian... jambul-jambulkan...selamat berjambul



Saturday, October 22, 2011

Mukabuku ada kaitan dengan saiz otak?

LONDON - Saintis mendapati jumlah rakan di dalam Facebook mempunyai kaitan secara langsung dengan saiz otak seseorang itu, sekali gus meningkatkan kemungkinan menggunakan rangkaian sosial di dalam talian boleh merubah otak.

Empat bahagian otak itu adalah yang berperanan untuk mengingat, memberi reaksi emosional dan interaksi sosial, menurut penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society B.

Namun setakat ini, belum boleh dipastikan sama ada lebih banyak rakan dalam Facebook menyebabkan beberapa bahagian otak lebih besar atau sebaliknya.

"Persoalan kini tertumpu kepada sama ada struktur ini berubah dari semasa ke semasa, sesuatu yang boleh membantu kita menjawab persoalan sama ada Internet merubah otak kita," kata seorang penyelidik yang terlibat, Ryota Kanai dari University College London (UCL).

Kanai dan rakan sekerjanya menggunakan saringan resonan magnetik (MRI) untuk mengkaji otak seramai 125 penuntut universiti yang kesemuanya aktif menggunakan Facebook dan melakukan semakan silang ke atas penemuan mereka terhadap sekumpulan 40 pelajar lain.

Mereka mendapati terdapat kaitan kuat antara jumlah rakan dalam Facebook dengan jumlah jirim kelabu dalam bahagian otak amygdala, sulkus, gyrus dan cortex. Jirim kelabu ialah tisu otak tempat proses mental berlaku.

Lapisan jirim kelabu di amygdala turut mempunyai kaitan dengan jumlah rakan di kehidupan sebenar seseorang itu, tetapi saiz tiga lagi bahagian otak itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti di dalam talian. Kumpulan penuntut yang terlibat dalam penyelidikan itu mempunyai kira-kira 300 teman di dalam Facebook dengan jumlah tertinggi 1,000 orang. - REUTERS

Thursday, October 20, 2011

KENAPA OTAK JADI TEPU?

NETWORK PROBLEM.. DAN DLM BERBELAS PEGAWAI DAN TECHNICIAN DI I.T. DEPT, HANYA SORANG YG BOLEH MENYELESAIKAN PROBLEM NIH! TEPU…

NASIK LEMAK DI ATAS MEJA.. DAN MENUNGGU LOCENG REHAT BERBUNY! TEPU…

FAIL-FAIL BERTIMBUN ATAS MEJA.. DAN MENUTUPI GAMBO ANAK-ANAK AKU! TEPU…

ADA OCTOPUS RAKSASA KAT ATAS BANGUNAN CIMB! DAN BILALAH BENDA TU NAK JATUH.. TEPU


NETWORK DAH OKEY… BACK TO WORK.. SETTLE KAN FAIL-FAIL BERTIMBUN.. SEBELUM LOCENG BERBUNYI..
DAN HARAP OCTOPUS JATUH.. TEPU….