Friday, October 28, 2011

Hujan

Sempena musim hujan nihhhh....terdetik nak petik psl hujan [di saat ini juge penulis sdg menikmati guruh2 di langit sambil menghirup kopi] 
perhhh..


Biler hujan, mamat2 & minah rempit terpaksa stay kat opis sbb takmau pakai raincoat. [tp sebenarnye nak dating ngan gepren & boifren. Maklum laa..hujan]


Biler hujan, keadaan jalanraya menjadi jem! Mau tidak...kete2 mahai maupun tak mahai, terpaksa bersopan santun utk elak dari eksiden. [maknenye, tak gune juge pakai kete mahai. Kete mahai ko ade sayap? Takde?? Jadi, sila silent kalau suke2 nak bidas stetment wa]


Jom bersajak jap...ecceh..


Hujan
Tak pernah ada yang menghiraukanmu
Dengan limpahan airmu yang menyamankan
Ada yang lena diulit mimpi...
Ada yang rungut dek siraman airmu...

Ada yang bersyukur atas nikmat turunmu...
Oh Hujan..[giler syahdu]


Ok lahh..cukup.

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."

Tuesday, October 25, 2011

3 stages of life.

Masa belajar:
Banyak masa dan tenaga TAPI takde duit

Masa keje:
Banyak duit dan tenaga TAPI takde mase.

Masa tua:
Banyak masa dan duit TAPI takde tenaga

Think2 lah..:)

Monday, October 24, 2011

Sesi Borak Bersama Komputer

Gua memang tengah bosan. Bosan gua kalau diukur dengan ketepuan memang tak boleh blah lagi dah. Disebabkan tahap kebosanan gua melepasi tahap ketepuan, maka gua telah mengambil langkah drastik untuk bersembang dengan Komputer[PC] yang gua guna hari-hari kat pejabat ni.

Gua  : Hai PC..apa khabar?
PC    : Saya rasa brader ni orang Islam kan..kan molek bagi salam dulu ke hapa..
Gua  : Ah, manalah gua tahu lu ni jenis PC Islam ke tidak..gua tengok nametag lu Dell, jadi gua syak lu ada  keturunan Yahudi ... ok ok., sori.. Assamualaikum PC..
PC   : Waalaikumussalam Waramatullah Hiwabarokatuh. Brader, sebenarnya Dell tu nama pendek sahaja, saja nak bagi catchy sikit. Nama penuh saya Muhammad Dell Bin Abdullah
Gua  : Owh...ni mesti lu ni convert masuk Islam
PC   : Biasalah brader. Agak cepat jugalah saya ni mendapat hidayah. Bukan senang tau nak mendapat hidayah ni. Kira saya ni insan terpilihlah. Bersyukur sangat rasa.
Gua  : Hah..iyela.iyelah. Cuba lu ceritakan apa yang sebenarnya terjadi?
PC   : Baiklah brader. Sebenarnya saya ni dilahir dan dibesarkan di Texas, Amerika Syarikat. Walaupun ayah saya, Michael Dell berasal dari sana juga tetapi sebenarnya atuk saya sendiri berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Gua  : Hah..biar betul PC..mu boleh kecek klate dok?
PC   : Bulih la kecek sikik-sikik. Nak ghoyak lebih, ambo dok rgheti sangak.
Gua  : Hah..sudah-sudah. Karang dengan gua lidah berbelit. Gua ni pun bukannya reti sangat cakap Kelantan ni. 
PC   : Hihihi..
Gua  : Ah lu ni PC..gelak main tutup-tutup mulut pula. Macam perempuan!
PC   : Hek eleh brader ni..entah mana mulut saya tah, memandai je kata saya tutup mulut macam perempuan. Tapi kalau betul pun saya gelak tutup mulut, itu tandanya seorang yang sopan santun tau.
Gua  : Ha lah..gua berseloroh sikit pun nak ambil hati. Apara..Rilek la PC.. karang gua shutdown lu karang.. hah...
PC   : Hek eleh lagi..macam perempuan pula main ugut-ugut..
Gua  : Isk..makin benci pula gua sembang dengan lu ni PC..
PC   : Benci konon..tapi rindukan..hihihi..
Gua  : Hah..tengok tu..gelak jenis tutup mulut lagi..
PC   : Biarlah..
Gua  : Dahlah..malas gua nak layan sembang dengan lu lagi..baik gua sambung kerja dulu.
PC   : Eloklah pun brader..saya pun nak pergi solat Asar dulu..dah masuk waktu ni. Er, brader tak jemaah sekali ke? Kan elok ...dapat 27 pahala kalau kita berjemaah ni.
Gua  : Hah..yela-yela..lu pergi ambil wuduk dulu. Gua menyusul kejap lagi.

*Gua terus shutdown PC. Sekian.

Zikir Mencerdaskan Otak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Zikir Mencerdaskan Otak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Status mukabuku korang

Terbace perihal mukabuku oleh Joe Jambul, aku terpanggil nak men’share’kan sumthing berkaitan mukabuku juge.

Aku bet sume pemilik mukabuku selalu meng’update’ status korang kan? Btui…ade yg molek. Ade yg kurang molekkk. Aku agak kurengggg interested ngan stengah2 status korg. Ok lagi kalau status berkaitan diri korg…korg buat ape di hujung minggu. Ok whattt. Tapi ape ke he nye korg nak apdet status berkaitan rumahtangga korg tuh? Nak2 plak yang tgh berantakan tuh.

Ok, jom zasssssssss antara status mukabuku yg pernah aku terbace.
Name pemunye akaun terpaksa dirahsiakan.

1.”Husband outstesen lagi. Alone”
Lerrr..korg ingt Mark Zuckenberg nak teman korg ke? Kot la ade kawang2 korg yg spesis biler malam jek jadik pencurik, mmg rumah korg la yg pertama kene serbu. Korg ALONE kan? Rezeki korg la ade peneman malam tu.

2.”Sedih. Petang tadi gaduh dgn hubby”
Cian hubby tu. Abih satu dunia tau kau gadoh ngan laki kau. Jage la ckit kan ati orang tu. Kau ingat kau sorg je ke yg ade perasaan nak marah bagai. Perasaan malu laki kau lagi kau kene jageee la wei.

3.”Ade husband pun macam takde. *sigh*”
Uhhhh..sanggup kau tulis status kau mcm tu kasi sume org bace?? Nak sangat laki kau takde ke? Kalau takde betul2, kau nak buat hape?

Ok, aku tak sanggup nak mempaparkan lagi ketidakrasionalan status2 engkau org kat sini.

Kot ye korg nak bersosial2, tak payah la aibkan laki korg yang tak bersalah tu. Kalu pun derang bersalah, simpan sendiri2 jek laaaa. Penat jek korg wat sesi luahan hati kat status tuh. Bukan reader2 tuh ley tolong korg pon. Lain la kalau derang ley tolong, mmg aku org pertama yang menggalakkan korg2 bukak akaun mukabuku sampai 6-7 akaun.

Buat wanita2 di luar sane yang sukeeeeeee sgt apdet status korg pasal citer2 korg dalam kelambu sama laki korg, insaf2 laaaaa.

Tak baek. 

Saturday, October 22, 2011

Mukabuku ada kaitan dengan saiz otak?

LONDON - Saintis mendapati jumlah rakan di dalam Facebook mempunyai kaitan secara langsung dengan saiz otak seseorang itu, sekali gus meningkatkan kemungkinan menggunakan rangkaian sosial di dalam talian boleh merubah otak.

Empat bahagian otak itu adalah yang berperanan untuk mengingat, memberi reaksi emosional dan interaksi sosial, menurut penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society B.

Namun setakat ini, belum boleh dipastikan sama ada lebih banyak rakan dalam Facebook menyebabkan beberapa bahagian otak lebih besar atau sebaliknya.

"Persoalan kini tertumpu kepada sama ada struktur ini berubah dari semasa ke semasa, sesuatu yang boleh membantu kita menjawab persoalan sama ada Internet merubah otak kita," kata seorang penyelidik yang terlibat, Ryota Kanai dari University College London (UCL).

Kanai dan rakan sekerjanya menggunakan saringan resonan magnetik (MRI) untuk mengkaji otak seramai 125 penuntut universiti yang kesemuanya aktif menggunakan Facebook dan melakukan semakan silang ke atas penemuan mereka terhadap sekumpulan 40 pelajar lain.

Mereka mendapati terdapat kaitan kuat antara jumlah rakan dalam Facebook dengan jumlah jirim kelabu dalam bahagian otak amygdala, sulkus, gyrus dan cortex. Jirim kelabu ialah tisu otak tempat proses mental berlaku.

Lapisan jirim kelabu di amygdala turut mempunyai kaitan dengan jumlah rakan di kehidupan sebenar seseorang itu, tetapi saiz tiga lagi bahagian otak itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti di dalam talian. Kumpulan penuntut yang terlibat dalam penyelidikan itu mempunyai kira-kira 300 teman di dalam Facebook dengan jumlah tertinggi 1,000 orang. - REUTERS

Friday, October 21, 2011

Tentang Lelaki

Gua akan menulis tentang LELAKI sebab sememangnya gua dilahirkan sebagai lelaki. Jadah apa gua nak menulis hal perempuan walaupun hakikatnya lelaki [gua] memang meminati perempuan. Sekarang ni gua akan senaraikan apa yang lu orang patut tahu dan tak patut tahu tentang lelaki.

  1. Memang dah menjadi dasar lelaki untuk meminati besi yang bernama kereta dan motosikal. Amat jarang sekali jika ada anak muda yang meminati besi dari keturunan kapal selam mahu pun jet pejuang.
  2. Lelaki ni sebenarnya jenis yang tak banyak cakap berbanding perempuan. Kalau ada yang lelaki jenis cakap banyak tu, merupakan jenis yang tak berapa nak lelaki. Sebab tu pepatah menggelarkan orang perempuan ni "Kak Nam". Belum wujud lagi dalam Kamus Dewan Edisi mana-mana pun istilah "Bang Nam".
  3. Walau pun lelaki suka mendiamkan diri, tetapi bukan semua diam itu tanda setuju. Kadang diam itu sebenarnya tengah mengumpul kekuatan diri. Sebab lelaki tak berapa gemar nak bergaduh dengan kaum yang lemah ni. Jatuh hukum dayus der kalau gaduh dengan perempuan. Melainkan gaduh dengan lembu jantan, memang kena "standby" parang la jawabnya.
  4. Lelaki sebenarnya lebih banyak berfikir sebelum berkata-kata. Bimbang pula melukai hati pihak ketiga mahupun pihak keempat. Jadi sebab itulah sebenarnya lelaki banyak berdiam diri.
  5. Jika ditanya mengapa mereka merokok sedangkan mereka tahu merokok itu boleh memudaratkan kesihatan, itu kerana mereka merasakan bahawa duit dalam dompet masih mempunyai cucuran untuk dilaburkan pada sekotak dua rokok.
  6. Lelaki sebenarnya pantang dicabar. Maka janganlah sesekali lu orang mencabar antara satu sama lain. Sumpah, takde faedah langsung bila mana gua menerima cabaran menaiki "Superman" sewaktu di Gambang tempohari. Gampang.
  7. Bila mana dalam keadaan tertekan, biasanya lelaki masih lagi mampu berada dalam keadaan yang tenang walaupun hakikatnya yang sebenarnya hanya Tuhan yang tahu..cheewah.
  8. Pada lelaki, kelihatan kacak itu tidak berapa penting..tapi yang penting kelihatan cerdik. Tak guna kacak tapi kalau otak udang. Kacak itu boleh diperbaiki..iye tak. Ni kalau dah bingai, memang bingai la jawabnya sampai bila-bila.
  9. Perempuan suka sangat menuduh lelaki lagi ego daripada mereka sedangkan lelaki tidak pernah langsung membuat tuduhan yang sebegitu rupa. Jadi nah, siapakah yang lebih ego sebenarnya??
  10. Err, sebenarnya gua banyak lagi nak menulis perihal lelaki ni..tapi iblis manatah telah berjaya menghasut pemikiran gua supaya memikirkan tentang perempuan pula..kahkahkah.

CANTIK & JODOH

Ok, mari kite tinggalkan sebentar perihal otak2 nih.

Meh rileksssss kan otak jap. Ehh..otak lagiii.

Jom berchit chat psl CANTIK & JODOH. Mau? Kite muhasabah diri pulakkkk..

[Walaupun penulis dah kahweenn..tapi penulis amat2 suke berceriter soal jodoh ini. Tiada niat lain kerana penulis seorang pempuan]

 A: Kau tak takut ke kalau mak kau carikan jodoh yang tak cantik untuk kau? Maklumla, kita ni kan manusia. Mane tau hati bole berubah kalau tengok sesuatu yang tak cantik dipandang?
B: Aku bukan mencari kecantikan semata2 tetapi kebijaksanaan, kesetiaan, keilmuan dan akhlak yang baik juga.
A: Maknanya cantik tu tak penting?
B: Cita rase manusia tentang cantik tak sama. Ia berubah ikut usia, keadaan dan masa. Tetapi kebijaksanaan, kesetiaan keilmuan dan akhlak yang baik adalah mutlak dan kekal sifatnya. Orang yang cantik sekalipun akan nampak hodoh bila dia asyik marah-marah dan menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.
A: Oh..betul juga kata kau. Aku pernah ada kawan yang mengadu kepadaku bahawa isterinya “CANTIK DI MATA TAPI SAKIT DI HATI”.

Tak semestinya yang tak cantik itu jodohnya tak datang.

Dan tak bererti penulis ini cantik..sebab tu dia dah kahwen. [tapi memang ada yang kate die cantik..] =)

Jadi, untuk pembaca blog ini yang masih belum bertemu jodoh, jangan risau. Jodoh anda ada cume belum ketemu ya dongggg…

Mungkin di sebelah bangunan tempat keje anda..

Maybe di tempat makan2 yang slalu anda makan bersama kawan2…kan..kan…?

Haaaa…agaknye adik atau abang jiran2 anda???

Errr……bole jadi sepupu CEO anda?? Who knows! 

Thursday, October 20, 2011

JUZ NK SHARE ~ WASIAT HASAN AL BANA ~

siapa Hasan Al Bana nih? sila gugel yerk..

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran… dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat… Juga di medan perang. Walaupun… Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan… cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir… Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walau pun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita… ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi…??

4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung pendapat tanpa adabnya..! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan.. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan… itulah syaitan Laknatullah..

5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah ketawa sebelum beliau membuka Baitul Maqdis…ketika ditanya, dijawabnya: “ Bagaimanakah mampu aku ketawa sedangkan Baitul Maqdis masih lagi berada di bawah kekuasaan orang kafir..!!”

6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan…! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam makanan. Jika berlebihan akan masin dan rosaklah makanan tersebut.

7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula… Luqman al-Hakim (bukan Luqman 2-kindi) juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai..

8) Wahai kawanku, Usahlah umpat-mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan orang lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan… Hindarilah… mengumpat! Jangan sekali mencabuli jemaah-jemaah lain..! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging, pasti anda suka! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama! Boleh mengumpat… apabila ada tujuan syarie.

* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian.. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung. Pelbagai lapisan datang berkunjung. Pelbagai darjat datang berkunjung… Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa berehat. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana… Sabda Nabi s. a. w bermaksud : “ Bertindak segeralah melakukan amal…” (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu…Hormatilah waktu mereka… Usahlah berbicara meleret-leret… Tanpa haluan dan noktahnya..

OTAK PLAK...

otak

apa kaitannya dengan manusia?

utk mengawal koordinasi badan dan utk berpikir

kaitan dengan haiwan?

sama tapi haiwan tak boleh berfikir.
tetapi mereka masih mampu menyayangi anak yg dikandungi dan dilahirkan ke dunia..
walaupun mereka seekor harimau Bintang..!!

persamaan dengan manusia?
ohtak sama...manusia tergamak membunuh anak yg dikandung & dilahirkannya tanpa belas kasihan.
dicampak dr tingkat 7
dibuang merata-rata-tepi masjid, tempat sampah,sungai
dikelar-kelar di sana sini
Oh,aneh!

otak udang !
mungkim mereka berpikiran begitu..
mempunyai otak udang
tapi otak udang sedap juga dinikmati bersama laksa penang..ada juga faedahnya
petis otak udang..

Otak-otak..
otak-otak Gombak
atau
Otak-otak JB?
ntah mana yg sedap..
mungkin "Otak-otak Kau Kempis" yg dijual oleh Nabil di Maharaja Lawak sedap kekdahnyer

Awie pun ada gak otak...nah layan lagu nih..fenat carik lirik nih coz I  hanya peminat dia suam2 kuku jer tak cam C27 tuh..


O-Tak by Awie

O-tak mudah diperdayakan
Jangan mudah bagi harapan
O-tak mahu aku ketinggalan

O-tak semestinya aku setuju
Dengan cara pura-puramu
O-tak mungkin aku disalahkan

O-tak bisa ku melupakan
Segala tingkah laku mu
O-tak mungkin aku bersamamu

( 1 )
Ari, ari, ari... o
O-tak mudah berjaya
Ari, ari, ari... o
O-tak mudah berputar

Biar beribu rintangan
Biar berjuta hasutan
Aku kan terus pertahankan semangat ku

O-tak payah berlengah-lengah
Turun saja jangan gelabah
Engkau aku ibarat o-tak berguna

O-tak bisa ku melupakan
Segala tingkah laku mu
O-tak mahu aku bersamamu

( ulang 1 2X )

( 2 )
Serahkan menguasai nalurimu
Nafsu tak dapat dikawal lagi
Kau ibarat ranting yang rapuh
Tunggu gugur

ahahahaaaaaaa....
tu saje ilham dr otak ku yg belum tepu
ohtak mungkin..
Ohtaktipu.......

KENAPA OTAK JADI TEPU?

NETWORK PROBLEM.. DAN DLM BERBELAS PEGAWAI DAN TECHNICIAN DI I.T. DEPT, HANYA SORANG YG BOLEH MENYELESAIKAN PROBLEM NIH! TEPU…

NASIK LEMAK DI ATAS MEJA.. DAN MENUNGGU LOCENG REHAT BERBUNY! TEPU…

FAIL-FAIL BERTIMBUN ATAS MEJA.. DAN MENUTUPI GAMBO ANAK-ANAK AKU! TEPU…

ADA OCTOPUS RAKSASA KAT ATAS BANGUNAN CIMB! DAN BILALAH BENDA TU NAK JATUH.. TEPU


NETWORK DAH OKEY… BACK TO WORK.. SETTLE KAN FAIL-FAIL BERTIMBUN.. SEBELUM LOCENG BERBUNYI..
DAN HARAP OCTOPUS JATUH.. TEPU…. 

Monday, October 17, 2011

Kisah Suebadron Aziz

Suebadron Aziz merupakan seorang anak muda yang amat meminati sukan bolasepak selain daripada sukan berkuda. Pada ketika usianya jerawat di muka sudah mula berebut nak tumbuh, Suebadron cukup handal bermain bola. Ke'terer'an beliau bermain bolasepak melayakkannya untuk mewakili kelab bolasepak terkemuka tanahair, NS Chempaka walaupun beliau tidak sempat lagi menduduki peperiksaan SPM. NS Chempaka ini bukannya pasukan anak-anak. Setakat pasukan Selangor sama Terengganu, memang kena titiklah jawab dengan kehadiran Suebadron di posisi serangan. Jangankan Piala Malaysia, Piala Moonsun tu pun pernah didakap Suebadron. Kira memang champion habislah. Suebadron menghabiskan masanya bersama pasukan ini agak lama juga, lebih sepuluh tahun adanya menabur budi dan bakti.

Kejayaan serta kehebatan yang dijulang oleh Suebadron membolehkan beliau turut mengintai peluang untuk beraksi di liga luar negara. Namum malangnya, beliau hanya sempat beraksi di Liga Turki kurang sebulan nak cukup setahun gara-gara terlalu rindukan nasi lemak sama teh tarik kegemarannya.

Sebagai seorang penyerang yang agak tersohor, sudah tentulah beliau merasa bahawasanya tempatnya dalam liga tempatan masih lagi mudah buatnya. Memandangkan pasukan lamanya, NS Chempaka tidak lagi beraksi dalam liga tempatan oleh kerana telah dibubarkan, Suebadron kini  tampil beraksi bersama sebuah lagi kelab yang sedang meningkat, MPSJ FC.

MPSJ FC ini merupakan milik seorang jutawan Rusia yang telah lama bermastautin di kariah USJ. Jutawan ini Rusia ini telah melantik seorang jurulatih berbangsa Portugis yang sebenarnya berasal dari Melaka, Jose Moriunho namanya mengikut MyKad. Sebagai seorang jurutlatih, sudah tentulah kuasanya tiada siapa yang mampu mencabar hatta pemilik kelab sekalipun. Ini kerana, pemilik kelab bangsa Rusia tersebut merasakan bahawa jurulatih ini adalah orang yang tepat untuk membawa kejayaan. [membeli kejayaan lebih tepatnya]. Segala urusan di atas padang diserahkan kepada jurulatih bulat-bulat.

Merasakan bahawa kejaguhan Suebadron Aziz tidak lagi berada pada zaman kemuncaknya, maka si jurulatih telah meletakkan Suebadron Aziz di bangku simpanan sahaja. Perkara ini jelas mengecewakan Suebadron kerana merasakan dirinya masih lagi mampu menjaringkan gol sebagaimana zaman kemuncaknya beberapa tahun dahulu. Pernah dia cuba berbincang jurulatih namum jawapannya tetap hampa. Jurulatih tetap merasakan bahawa pasangan Azman Adnan bersama Zoran Nikolic berserta Yap Wai Loon masih lagi merupakan gandingan terbaik untuk MPSJ FC.

Entah iblis mana yang telah menghasut sang jurulatih, maka diletakkannya Suebadron Aziz di posisi sweeper. Suebadron Aziz memang betul-betul keliru. Cuba dibantah tetapi dia harus menghormati sang jurulatih. Mujur juga Suebadron Aziz jenis pemain bola yang beriman, jikalau tidak sudah tentu membusung perut jurulatihnya kelak akibat penangan bomoh sakai kerana begitu sakit hati.

Apa yang membimbangkan, Suebadron Aziz tidak dilatih sepenuhnya untuk menjadi pemain pertahanan. Jurulatih hanya memberikan arahan supaya menyepak bola keluar jauh daripada petak penalti dan kalau perlu membuat bentesan kepada penyerang lawan. Itu sahaja pesanan sang jurulatih kepadanya. Tidak lebih dan tidak pula kurang.

Mujur juga Suebadron Aziz agak bijak untuk cuba menonton YouTube, bagi menyaksikan skil pemain pertahanan yang dianggap unggul di Malaysia, Razip Ismail serta Ismail Ibrahim untuk dijadikan pedoman. Untuk ditiru skil pemain luar, sebenarnya pemain luar ni ada juga bangangnya. Jadi ada eloknya ditiru sahaja aksi pemain tempatan yang terbukti merupakan antara yang terbaik.

Memandangkan Suebadron masih lagi belum setaraf pemain pertahanan yang handal, maka sering sahaja berlaku kekalutan di depan kota penalti sendiri tiap kali diasak sewaktu perlawanan liga berlangsung. Pernah tiga kali Suebadron membuat bentesan keras kepada pemain lawan betul-betul di depan pinta gol sendiri. Sudahnya penalti yang diberikan dan Suebadron digantung perlawanan akibat menerima kad merah. Tetapi yang bijaknya si jurulatih, beliau tetap mahukan Suebadron Aziz bermain sebagai sweeper kerana merasakan Suebadron mempunyai ciri-ciri sebagai pemain pertahanan yang baik. Jadi, bermainlah sebagai sweeper si Suebadron Aziz walaupun dalam hati teringin sekali menjaringkan seperti penyerang-penyerang yang lain. Bagi melepaskan geram, ada juga sesekali Suebadron menjaringkan gol sendiri sambil berlari keliling padang [bukan kerana nak meraikan jaringan tetapi sebenarnya melarikan diri daripada rakan sepasukan sendiri yang mengamuk]. Sekian.

Notakaki: Cerita khayalan gua sendiri sebagai tribute kepada pemain lagenda bolasepak Kuala Lumpur yang pernah gua minat sewaktu gua kecil dahulu. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang masih gigih untuk hidup.

-C27-