Thursday, January 16, 2014

Giliran Nazim Pula

Adalah dengan dukacitanya ingin gua maklumkan, bahawasanya sahabat / jiran tempat gua menjalankan tugas sebagai Sulaiman Akhlaken ini akhirnya telah pun menghantar surat berhenti kerja satu bulan notis. Budaya berhenti kerja ini telah lama menjadi-jadi semenjak beberapa tahun yang sudah. Silih berganti. Dan kini, giliran member gua Nazim pula untuk melepaskan jawatannya bagi meneruskan misinya sendiri dalam bidang peng-insuran/takaful-an secara sepenuh masa.

Jadi baiklah, entri kali ini adalah merupakan tribute kepada beliau memandangkan gua dan Nazim ini agak akrab juga. Nazim ini adalah merupakan anak jati Negeri Sembilan nun jauh kek Kampung Sogo. Berkelulusan dalam bidang Kewangan dan mula menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di syarikat yang menjalankan modul perniagaannya sama seperti Sulaiman Akhlaken semenjak dari Tahun 2006 lagi. Seorang yang cukup mahir dalam selok-belok pentadbiran harta pusaka, pernah mencurahkan bakti khidmat setianya di Cawangan Johor Bahru, Melaka, Seremban, Bangi dan juga di ibupejabat Kuala Lumpur. Nah, kalau tengok kepada senarai pejabatnya, sememangnya tidak syak lagi jikalau Nazim ini bolehlah dikatakan seorang yang mempunyai pengalaman yang bukan calang-calang dan sudah pastinya beliau akan menjawat jawatan yang tinggi sambil slip gaji beliau sepatutnya dah membolehkan beliau untuk memiliki Toyota Vios TRD beberapa tahun sudah. Namun itu bukanlah hakikat sebenar. Realitinya beliau hanya menunggang Yamaha LC semenjak sebelum Masihi lagi dan slip gaji beliau sebelum ini pun berada pada aras gaji seorang Kerani Bank sahaja sebenarnya. Pilu.

Untuk meneruskan kehidupan yang mana harga barangannya serba-serbi tinggi serupa tinggal di Jepun, maka Nazim telah mengambil langkah untuk menjadikan beliau adalah seorang ejen Insuran/Takaful yang bertauliah lagi berwawasan bagi menampung slip gaji beliau yang sudah maklum sedikit itu bagi membolehkan beliau terus survive di dalam kehidupan yang sudah cukup mencabar.

Setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya Nazim telah pun beroleh kekuatan mental untuk menceburi bidang ini secara sepenuh masa dengan harapan beliau mampu untuk memiliki Toyota Vios TRD generasi terbaharu tanpa perlu memikirkan tekanan kerja syarikat Sulaiman Akhlaken seperti sebelum-sebelum ini. Kepada Nazim, gua cuma mampu mengucapkan Selamat Maju Jaya. Sejujurnya, gua memang sedih sebab hilang seorang teman pejabat yang akrab kerana gua mampu bersembang apa sahaja topik perbualan dengan beliau waima bab politik sekalipun walaupun hakikatnya gua dan Nazim ini berlainan aliran / fahaman.(Nazim ini berhaluan bawah tanah..kahkahkah!) Kali ini beliau benar-benar nekad untuk mencapai apa yang beliau impikan. Jadi, sebagai tanda sokongan, sekali lagi ingin gua maklumkan barang sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang produk perlindungan Insuran / Takaful PruBSN ini, silalah jangan segan dan silu untuk menghubungi Nazim di talian 019 - 775 8381. Jangan risau, lu orang tinggal di Kajang, Bangi, Putrajaya, Dengkil, Port Dickson, Alor Gajah, Rembau, Tangkak, Sg Besar hatta Kg Sogo sekali pun beliau akan tetap sudi untuk meluangkan masa bertemu bagi menerangkan mengapa lu orang mesti mengambil perlindungan dengan Nazim. Er, nanti-nantilah iya gua ambil perlindungan dengan lu Nazim. Kasi slip gaji gua banyak dahulu.

10 comments:

  1. tkasih byk bro atas sumbangan entri berkenaan gua ni. tetiba gua mcm emo plak pagi2 ni.ahaha.gua doakan lu dan sahabat2 gua yang amat gua kasihi yang berada di syarikat Sulaiman Akhlaken ni terus maju jaya dalam kerjaya masing-masing. Cukuplah hampir 7 tahun gua menabur bakti di sini..dah tiba masa gua berdikari mencari rezeki sendiri

    ReplyDelete
  2. Good luck nazim.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko. Inshaa allah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.

    ReplyDelete
  3. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  4. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  5. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  6. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  7. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  8. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  9. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete
  10. Kiro orang Kampung Den tu...orang Rantau. Selamat maju jaya kepada sahabat tu. Aku juga dalam bidang sama dengan Nazim tapi syarikat yang berlainan.

    Apa pun ..Good job bro sbb berani!!!!

    ReplyDelete