Monday, January 06, 2014

Selamat Tahun Baharu 2014

Akhirnya Tahun 2013 selamat meninggalkan kita semua. Seperti kelaziman budaya barat, Tahun Baharu telah pun selamat disambut secara besar-besaran di seluruh pelusuk ibukota dengan bertemakan muzik sebagai teraju utama sambil ditamatkan dengan acara letupan bunga api berskala olimpik. Maaf, gua memang dah lama meninggalkan scene berarak & berasak dan tak kurang juga bergasak dengan manusia dan juga jin-jin di malam-malam hari. Tak ada faedah langsung. Gua lepak rumah sambil pekena tidur awal ada juga faedahnya.

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, Tahun 2014 ini akan menjadi tahun yang sangat mencabar dompet. Silap hari bulan, tak sampai 15 haribulan dah tinggal syiling-syiling sahaja. Apa cerita? Serba-serbi benda akan naik pada 2014. Rantaian kesan domina kali ini juga barangkali lebih dasyat berbanding sebelum-sebelum ini. Yang miskin akan terus kedana. Yang kedana gua tak tahu nak ungkap macam mana lagi entah. Gua syak ramai golongan marhaen yang dah cukup sakit kepada celah mana nak jimat lagi gayanya. Gua syak juga sekarang ini jenis yang kais pagi makan malam. Kais petang makan lusa. 

Tahun 2014 ini juga menyaksikan gua masih lagi meneruskan kerjaya sebagai Sulaiman Akhlaken. Kalau ikut trek rekod perkhidmatan, memang lama juga gua berkhidmat semenjak dari Tahun 2007 lagi. Tak mengapalah, gua sentiasa yakin dengan perancanganNya. Dia lebih mengerti apa yang terbaik walaupun pada dasarnya gua macam tak berupaya lagi nak menggalas bebanan tugas sebagai Sulaiman Akhlaken ini. Berat. 

1 comment:

  1. Hi Sulaiman Aklaken..saya suka baca blog awak

    ReplyDelete