- Memulakan tugas setelah menamatkan pengajian di Universiti tempatan sebagai Penulis Wasiat, dengan gaji yang cukup lumayan, kira-kira RM1,800 seminggu.
- Ketika mula-mula bekerja dahulu, Brader Sasa ini adalah seorang pemuda yang cukup baik pekertinya. Bercakap dengan orang tua pun padang bawah sahaja. Jenis pemalu katanya.
- Gua dan Brader Sasa pernah diarahkan untuk bertugas ke gugusan felda yang terletak di pedalaman Perak. Jauh. Tiga hari perjalanan diperlukan untuk kitaorang sampai ke tempat itu. Tak adalah, gua acah aja. Tapi memang jauh sungguh. Sungguhpun jauh, akan tetapi kitaorang tetap sampai sekitar waktu tengahari waima kitaorang sepatutnya memulakan tugasan sekitar jam 2.30 petang. Memandangkan awal, maka kitaorang memutuskan untuk berehat sambil buat-buat pejam mata sementara menantikan waktu Azan Zohor. Dalam dok buat-buat pejam, tiba-tiba Brader Sasa boleh berdengkur bagai. Gua bangun pergi pijak badan Brader Sasa terus beliau bangun ambil wuduk.
- Brader Sasa adalah seorang yang boleh diharap juga sebenarnya terutamanya bab meminta pertolongan. Minta tolonglah apa sahaja, akan tetap dibantunya. Pernah ada seorang akak meminta tolong untuk mengangkat kotak, sekali dengan akak tersebut beliau angkat.
- Pernah membantu gua untuk mengangkat barangan menggunakan gigi setelah tidak menang tangan memunggah barang sewaktu menghantar bantuan kemanusian mangsa banjir Kuantan.
- Selain bercita-cita untuk memasuki pertandingan Raja Lawak, Brader Sasa juga pernah memasang cita-cita untuk memasuki gusti dan bertarung dengan John Cena.
- Disebabkan Brader Sasa ini berwajah tampan, maka tidak hairanlah sekiranya terdapat anak gadis dan juga bukan gadis yang meminati beliau. Anak bujang pun dengar kata ramai juga yang minat beliau. Curiga betul gua.
- Ok, sekarang ini gua nak bagitau lu orang satu perkara rahsia besar. Brader Sasa ini sebenarnya peminat setia Herman Tino. Dalam playlist dia berderet lagu penyanyi asal Tanjong Karang ni.
- Turut bercita-cita untuk merakamkan album duet bersama penyanyi Siti Nordiana. Tinggi woo suara Brader Sasa ni tarik. Tarik waktu Azan pun tak ada tinggi serupa ini.
Thursday, May 15, 2014
Brader Sasa 2.0
Tuesday, May 06, 2014
Viva La Brader Sasa
*ARTIKEL YANG SAMA TELAH PUN DITERBITKAN UNTUK MAJALAH KERETA MEI 2014
Perodua Viva ini sebenarnya adalah sebuah kereta yang kecil dan unik, mewarisi gen-gen daripada Perodua Kancil yang terlebih dahulu menjengah pasaran awal era 1990an. Untuk segmen kereta kecil seperti mana Perodua Kancil yang pertama kali diperkenalkan kepada pasaran, benar-benar menjadikan ianya laku seperti menjual karipap panas di kala petang hari tengah lapar. Lantas menbuktikan bahawa, segmen kereta kecil sebegini amatlah ramai pengguna khusus untuk golongan marhaen yang berslip gaji kan agak kecil yang tinggal di suburban seperti Temerloh, Kota Tinggi, Sg. Petani dan tak ketinggalan, bandar kelahiran Perodua, Sg. Choh Rawang. Fungsi asasnya dikekalkan, iaitu untuk mengangkut manusia dari Titik A ke Titik B. Dan fungsi asas tersebut digunapakai oleh pewaris Kancil, Viva yang mana sekali lagi membuktikan bahawasanya ianya masih lagi digemari lagi rakyat Malaysia, baik yang mahu menggunakan fungsi asasnya tadi atau pun yang mahu menggunakannya untuk tujuan ber-JDM.
Akan tetapi, jikalau nak main kereta kecil Perodua Viva sebegini, modal yang besar harus dipertaruhkan jika JDM yang dikiblatkan. (Mak ai..ayat gua bukan main ilmiah lagi dah serupa saluran Oasis). Benar, main JDM boleh habis duit gaji, duit ASB dan juga duit Tabung Haji. Silap haribulan, ansuran dengan bank pun gantung dua tiga bulan. Memang boleh parak dibuatnya. Maka, begitulah adanya adat ber-JDM. Kalau nak jimat sikit, ada juga model kereta kecil yang sesuai untuk diubahsuai, Naza Forza misalannya. Tapi gua tak fikir ke-parak-an itu berlaku kepada pemilik Perodua Viva yang mana gua telah shoot kereta beliau di Pantai Klebang di kala cuaca yang tak berapa nak redup. Tengah rembang orang kata.
Jadi, marilah gua perkenalkan kepada lu orang pemilik kepada Perodua Viva Daihatsu Mira Avy RS ini sebagai Muzhaffar sahaja. Tengok kepada kulit muka, memang nampak jauh lebih muda daripada gua yang semakin lanjut usia ini. Walau pun kelihatan muda, tapi Brader ini tidaklah pula kelihatan jenis yang ansuran kereta bertangguh. Jenis yang berduit dan pandai berjimat gayanya. Kalau tidak, masakan beliau sanggup menanggung risiko untuk memiliki jentera buatan Rawang yang tidak lagi kelihatan ke-Rawang-annya seperti mana kunci kereta bertukar tangan beberapa tahun sudah.
Lahiriahnya Perodua Viva ini telah pun kelihatan sangat ke-Jepun-annya. Segala bodypart asal telah pun digantikan dengan Mira Avy RS yang kelihatan agak hensem daripada bodypart asal yang mana bodypart asal Viva ini kelihatan tersangatlah femininnya. Cuma bodypart Viva Elite ini sahaja gua rasa kelihatan sedikit macho. Bodypart Avy RS lengkap depan belakang yang nilainya bersamaan dengan gaji seorang Kerani Bank ini telah pun selamat disalinkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lengkap selengkapnya. Jenis hati kental apabila berdepan dengan Abang Penguatkuasa. Apa nak jadi, jadilah. Janji JDM selamanya dihati. Eceh. Rim Enkei RPF1 15' turut menambahkan lagi ke-hensem-an kereta yang masih lagi menggunakan warna kilang dalam usaha untuk kelihatan sedikit low profile dari jauh. Manakala RSR Magic Exhaust turut dipasang bagi menimbulkan sedikit mood garang
Kalau bab luaran sudah pun dikira lengkap, bahagian dalamannya juga tidak kurang hebat. Tempat duduk asal keluaran Perodua yang masih lagi elok lagi itu kini telah pun hanya menjadi tempat kucing tidur sahaja (agak gua lah) dan digantikan dengan seat asal milik Daihatsu yang turut mempunyai perehat tangan untuk sang pemandu. Selesa dan tak lenguh tangan kalau memandu jauh terutamanya Brader Muzhaffar dan geng-geng yang lain sememangnya kerap menyertai Autoshow di sekitar Selatan Tanahair. Menambahkan lagi selesa tersedia yang dipegang adalah stereng Momo wallnut yang mana harganya lebih mahal daripada harga ansuran bulanan Perodua Viva. Memandangkan Brader ini juga seorang pencinta alam sekitar, Tong Sampah khusus untuk kegunaan Mira Avy ini turut dipasangkan. Maka, tiadalah kejadian yang tidak diingini seperti membuang sampah di luar kereta dapat dilihat atas jalanraya. Side step yang tidak kurang murahnya juga turut dipasangkan bagi menambahkan lagi mood JDM Viva ini.
Bagi mengiringi pemanduan di kala petang hari pulang dari kerja sambil mengadap Iblis Jem di Pantai Klebang, pemain Cakera Padat Digital yang gua tak tahu apa jenamanya turut dipasang didalam papan pemuka milik Mira Avy ini berserta dengan pembesar suara Carrozeria yang boleh tahan rare juga untuk memperdengarkan irama rancak kegemaran muda mudi masa kini melalui siaran HotzFM barangkali. Kalau gua, layan LiteFM aja. Maklumlah, orang tua sememangnya seleranya begitu.
Lengkap sudah bahagian luar dan dalam. Ketika gua menjenguk ruangan enjin, dengan pantas pemiliknya menghampiri gua memberitahu bahawasanya tiada sebarang proses bypass pemindahan jantung yang dilakukan. Jantung asal yang bersesaran 1000cc yang disertakan sekali dengan DVVT itu masih lagi dikekalkan agar lebih praktikal untuk kegunaan harian ulang alik demi mencari sesuap rezeki di negeri Melaka United FC itu. Jimat juga penggunaan petrol.Boleh simpan duit nak pergi umrah, kata pemilik Viva ini lagi.
Jadi tamatlah sudah artikel yang sebenarnya sudah lama berada dalam keadaan draf. Oh ya, sebut pasal Perodua Viva ni, member gua Brader Sasa yang turut memiliki sebuah Prelude juga dengar kata dah mula berjinak-jinak dengan nak main kereta kecil sebegini. Nak jadikan Viva beliau kepada sebuah JDM yang lengkap. Sebagai permulaan, beliau telah pun membeli wiper yang berasal dari Jepun dari kedai Daiso di Seremban.
Thursday, February 20, 2014
Ditipu Otak-Otak
Abah gua sememangnya penggemar Otak-Otak dan secara tidak langsung kegemaran itu turun juga kepada gua. Disebabkan kegemaran Abah gua itu, maka beliau kerap kali juga membeli Otak-Otak jenis sejukbeku (frozen) daripada pasaraya. Agak-agak teringin nak makan Otak-Otak, keluarkan sahaja daripada Peti Sejuk dan nikmati Otak-Otak dengan segera tanpa perlu memikirkan di mana nak cari pada waktu malam hari.
Awal minggu itu hari, Abah gua memang teringin nak makan Otak-Otak, maka seperti biasa Abah gua akan memanaskan / memasaknya dengan menggunakan Gelombang Ketuhar sahaja. Dikeluarkan lebih Otak-Otak tersebut memandangkan gua juga berada di rumah pada ketika itu. Tekak gua memang terbayang dah isi ikan yang merah sambil rasa dia yang pedas-pedas sedap itu diratah rakus oleh gua.
Akan tetapi sebaik sahaja bungkusan Otak-Otak tersebut dibuka, serta-merta gua ingin marah. Marah yang betul-betul punya marah. Gua ditipu. Abah gua ditipu. Tak patut betul menipu orang tua yang sudah tidak bekerja lagi itu. Gua kecewa. Abah gua kecewa. Gua yang sedang lapar menjadi semakin lapar. Mujurlah Iman gua masih menebal, jadi tiada sebarang kata-kata cacian yang terkeluar daripada mulut gua pada ketika itu. Otak-Otak ini kalau dihala ke kucing pun dipandang sebelah mata sahaja. Barangkali pemilik pembuat Otak-Otak ini juga ingin memberikan bonus berbulan-bulan kepada pekerja dengan mengaut mudah untung sebegini.
Saturday, February 08, 2014
Kisah AES
Buat pengguna Lebuhraya PLUS arah ke Kuala Lumpur pasti sangat dah cukup faham sangat, sewaktu mula melintasi Exit Bangi, papan tanda menyatakan ada kamera di hadapan sudah tentu akan membuatkan sang pemandu serta-merta menurunkan meter kelajuan daripada 140km/j kepada 90km/j. Gila-gila punya drop.
Secara tidak langsung, para pemandu yang berada di belakang akan turut sama memperlahankan kenderaan secara intesif. Amat jelas, kelihatan kenderaan mula bersusun-susun waima lorong kanan sekalipun akan tetap untuk memperlahankan kelajuan menyamai kelajuan tahap basikal sahaja, padahal nak sampai ke kamera ada lagi dalam 3 kilometer gua rasa.
Akan tetapi sebaik sahaja berada lingkungan 100meter daripada kamera AES, dah bawa 90km/j terus nak drop kan lagi meter kelajuan tu sehingga 80km/j. Kurang yakin dan percaya dengan meter sendiri barangkali. Makin perlahan jadinya kenderaan semua. Akan tetapi, sebaik sahaja kenderaan mula melintasi kamera, maka terus sahaja pedal minyak ditekan ke lantai. Yang punya VTEC, maka terbukalah VTEC nya. Manakala mana yang mempunyai sekadar DVVT ataupun VVTi, maka terbuka jugalah DVVT dan VVTi nya itu. Serupa Setan masing-masing punya perangai. Daripada 80km/j, terus sahaja melonjak ke 140km/j semula dalam masa kurang 4 saat.
Nah, sekarang ini gua nak tanya..apa sebenarnya fungi kamera AES itu diletakkan di kawasan tersebut? Di manakah fungsi sebenarnya?? Siapa nak jawab ini?? Menteri kah?? Dr Maza kah?? Perkasa kah?? Kahkahkah!!
Monday, February 03, 2014
Budaya Lif
Gua perati perkara ini lama sangat dah. Dan semakin menjadi-menjadi sejak akhir zaman ini. Perkara ini terjadi tidak kira di kawasan kediaman mahupun di tempat membeli-belah. Di pejabat-pejabat pun kadang biasa berlaku juga benda ini.
Sepatutnya menjadi tanggungjawab buat orang pertama yang memasuki ke dalam lif untuk menekan butang membuka pintu lif, dan membiarkan orang-orang lain memasuki lif tanpa perlu risau memikirkan pintu lif tertutup dan menyebabkan ada orang lain yang tersepit. Tapi yang menjadi kebiasaannya adalah orang pertama yang pertama tersebut akan terus mencari sudut hujung lif yang paling dalam dan pandai-pandailah orang lain untuk menekan butang Buka tersebut. Gua sendiri beberapa kali terkena tersepit pintu lif gara-gara ada mangkuk yang masuk ke dalam lif terus sahaja menuju ke bahagian hujung tanpa sempat gua menekan butang Buka pintu lif tersebut. Sakit hati dan sakit bahu gua yang tersepit pintu lif itu.
Tapi yang paling sakit hati sekali apabila lu orang memasuki lif, ada pula jenis mangkuk yang selamba aja memegang rokok yang masih menyala. Sayang gamaknya nak buang rokok tersebut yang masih berbaki panjang lagi untuk dihisap. Bangang. Kalau dah tahu nak hisap rokok, janganlah sama sibuk nak naik lif.
Sebenarnya ianya adalah benda-benda kecik sahaja. Adab dan sopan sebegini tak perlu sampai Mufti nak bagi fatwa baru nak ikut. Tapi itulah. Kalau benda-benda kecik macam ini pun susah nak ikut, baik tak payah hidup, iya tak??
Subscribe to:
Posts (Atom)



