Tuesday, September 03, 2013

Teori Domino Kenaikan Harga Petrol / Diesel


Semalam gua perati di FB bukan main lagi pungpang-pungpang pasal kenaikan harga petrol. Mana yang dikurniakan akal yang terlebih cerdik, serta-merta di-up-kan status di FB "Bersyukurlah naik 20 sen. Petrol kita masih lagi antara yang termurah. Nak jimat, jangan drive kereta sendiri. Kongsi dengan kawan-kawan pergi kerja. Boleh kongsi-kongsi duit minyak.". Sedih juga gua baca bila mana puak-puak sebegini punya komen pasal kenaikan harga petrol/diesel ini.Manakala yang terlebih-lebih bijak pula, boleh pula dikaitkan dengan benda-benda sampah, orang Cina tak isi Petronas kononnya sentimen Petronas ini milik Bumiputera. Astagfirullah. Apa nak jadilah dengan perangai masing-masing ini. Jenis otak udang. Sumbu.

Baiklah, gua akan ulaskan isu kenaikan harga petrol/diesel ini tanpa melibatkan sentimen politik. Gua mengambil kira kedudukan gua dan rakan-rakan yang lain sebagai golongan marhaen yang kerjanya konon eksekutif tetapi bergajikan kerani bank sahaja. Tahukah lu orang bahawasanya sebelum Hari Raya itu hari harga-harga barangan sudah mula naik. Gua bagi contoh mudah, kalau dulu Nasi Lemak biasa (Nasi Lemak + Timun Kecut 2 hiris + Telur Rebus potong 4 + Kacang tak ada Ikan Bilis + Sambal Bawang) berharga RM1.20. Jadah apa Nasi Lemak biasa boleh naik sampai 20 sen. Baru-baru ini gua dah bergaji dan tekak ada rasa sikit nak bersarapan serupa kapitalis maka gua order mihun goreng bodo bubuh lauk ayam goreng dan gua telah dicaj RM4.00!! Gua pesan Teh Tarik gelas kecil berharga RM1.50 !! Astagfirullah. Apa nak jadilah harga dah serupa kapal selam dia punya mahal.

Nah, sekarang ini harga petrol/diesel sudah pun dinaikkan secara rasmi sebanyak 20 sen. Lu orang agak, harga makanan / bahan mentah berapa sen pula yang akan naik?? Baiklah, jika ada yang berkata nak jimat, gunakanlah pengangkutan awam. Yang bercakap itu depan rumah ada stesen LRT. Jahanam. Nak suruh guna pengangkutan awam datang ke pejabat, mungkin gua kena keluar rumah waktu Sahur barangkali baru gua boleh sampai ke pejabat tanpa melibatkan sebarang penerimaan Memo datang lambat ke pejabat. Nampak..?? Nampak..??

Baiklah, nak suruh gua berjimat lagi disebabkan faktor kenaikan harga petrol/diesel. Bawa bekal katanya. Gua yakin dewasa ini semakin ramai yang dah membawa bekal ke pejabat sebagai langkah penjimatan. Gua sendiri bangun seawal jam 5.00 pagi semata nak siapkan bekalan di siang hari. Dan gua sendiri dari sebelum bulan Puasa lagi memang dah tak keluar makan tengahari demi mengelakkan perbelanjaan berlebihan. Gua dengar set makan tengahari di gerai-gerai boleh cecah sampai tujuh lapan ringgit.   

Berbalik kepada kenaikan harga diesel pula, menurut pandangan gua yang tak berapa nak tepat ini, gua yakin inilah punca terbesar yang bakal menyebabkan kenaikan harga barangan mentah. Sebabnya kebanyakan barangan mentah ini biasanya akan diangkut menggunakan lori berkuasa diesel. Tak pernah lagi gua dengar sayur sama ikan diangkut menggunakan lori hibrid. Dulu pernah juga gua bercita-cita untuk memiliki Triton Lite tetapi memandangkan harga diesel sekarang ini pun sama sahaja dengan RON95, gua pendamkan sahaja hasrat murni tersebut. Sebenarnya telah berlaku ketidakadilan kepada pengguna kenderaan berenjin diesel kerana pemiliknya dikenakan cukai jalan. yang lebih tinggi berbanding kenderaan berenjin petrol. Tahukah lu orang beberapa tahun sudah perbezaan murahnya harga diesel pernah menjangkau hampir seringgit berbanding harga RON97! (Itu jam cuma ada RON 92 sama RON97 sahaja).

Baiklah, sebagai akhir cerita, ingin gua tegaskan, ada beza ya adik kakak antara rasa bersyukur dan juga rasa dianiaya. Tolonglah jangan jadi tolol dengan mengatakan harga petrol kita masih lagi antara yang termurah. Gua boleh faham pemerintah ingin menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan subsidi petrol sehingga RM1.1 billion katanya. Tetapi harus barang diingat, petrol/diesel ini merupakan barangan keperluan. Bukankah elok sekiranya langkah penjimatan itu ditarik dari sumber-sumber lain. Negara kita punya ramai ahli-ahli ekonomi yang bijak pandai dan bukannya memandai-mandai. Nampak..?? Nampak?? Semuanya berkaitan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment