Saturday, September 07, 2013

Cendol Bakar Kini Di MRR2!!


Gua fikir, ramai pelosok Lembah Klang sudah pun mengetahui tentang gerangan gerai Cendol Bakar yang terletak di Kuala Selangor. Ramai juga rakan-rakan pejabat gua yang gigih untuk memandu jauh hingga ke sana gara-gara nak pekena Cendol Bakar tersebut. Secara jujurnya, gua sendiri belum berkesempatan untuk mencuba Cendol Bakar tersebut walaupun gua sendiri merupakan hantu cendol. 

Gua tak pasti samaada fenemona Cendol Bakar ini akan turut menerima nasib seperti mana Burger Bakar, di mana bersepah-sepah orang nak buat Burger Bakar di sana-sini. Tapi yang gua pasti, kini gua tidak perlu lagi untuk memandu sejauh ke Kuala Selangor untuk pekena Cendol Bakar sambil memesan gaya Pandu-Lalu. Dah wujud pun Cendol Bakar di bumi Gombak ini. Lokasi yang lebih tepatnya adalah di tepi MRR2 berdekatan dengan Shell menghala ke Plaza Tol Gombak dari arah Taman Melati. Yang penting, nak pesan jenis Pandu-Lalu pun ada juga. Baru rasa bergaya, iye tak?

Seperti mana Cendol Bakar yang asli di Kuala Selangor, pelbagai perisa turut ditawarkan kepada pengunjung Cendol Bakar MRR2 ini. Memandangkan gua ini penggemar Durian, maka sewajarnya gua memilih Cendol Bakar durian. Yang pasti, gua memang suka rasa Cendol Bakar yang ini. Cuma nasihat gua, janganlah diminum selalu, mau semut hurung kencing lu orang itu nanti. Harga yang ditawarkan pula, mungkin ada sedikit premium disitu. Tetapi masih lagi mampu beli. Gua sendiri dah dua kali datang pesan Cendol Bakar Durian. Tiba-tiba tekak gua terasa nak repeat petang-petang ni.


3 comments: