Thursday, September 26, 2013

Petua Orang-Orang Tua: Larangan Memuji Bayi

Fuh, sesekali tajuk gua berunsur ilmiah ini pun handal juga gua rasa. Gua yakin, ramai di antara kita semua khususnya buat mereka yang telah mempunyai anak kecil pasti pernah mendengar larangan orang-orang tua supaya jangan memuji bayi itu comel atau sebagainya. Sebaliknya mereka mengeji pula bayi tersebut dengan berkata "Eh, buruknya bayi ini.." Gua sendiri berasa hairan dan pelik. Sudah tentulah bayi itu comel tetapi mengapa pula dikatakan sedemikian rupa pula.Sehinggalah beberapa tahun sudah gua pernah mendengar jawapan dari Ustaz Wan Sohor tentang perkara tersebut. Apabila diberikan jawapan dari sudut Islam, maka adalah benarnya jua. Cuma barangkali larangan @ petua orang-orang tua kita dahulu sememangnya ada benar cuma tidak diberikan fakta mahupun sebab musabab mengapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan. 

Nah, untuk mendapatkan kepastian tentang larangan tersebut, maka sekali lagi gua telah mendapatkan kepastian @ jawapan daripada Ustaz Wan Sohor sekali lagi. Jadi, mulai daripada sekarang, buat mereka yang mempunyai bayi sekiranya ingin memuji kecomelannya, maka ingatlah Allah terlebih dahulu. Sebutlah "Masya Allah..,comelnya bayi ini.." Barangkali, dengan cara ini, kejadian yang tidak sepatutnya menimpa bayi dapat dielakkan daripada berlakunya 'ain' (sihir mata / bisa mata) ini. Perkara yang sama juga terpakai sekiranya melihatkan sesuatu yang indah @ cantik. Ingatlah, kesemua yang ada di dunia ini milik Allah S.W.T. Jadi, khusus buat mereka yang telah punya anak kecil, silalah menyebut kalimah Allah terlebih dahulu. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment