Thursday, September 19, 2013

Mengapa Penjajaran / Pelarasan / Penalaan Itu Penting

Di dalam dunia perlumbaan, bukannya kelajuan sesebuah jentera itu yang menjadi faktor utama untuk menuju ke garisan penamat di tempat teratas. Selain daripada joki dan jentera yang handal, penjajaran / pelarasan / penalaan yang tepat seharusnya diambil kira dalam menuju ke garisan penamat sebagai pemenang.

Gua bagi contoh mudah. Rasanya semua orang tahu yang jentera F1 Ferarri yang dipandu oleh Fernando Alonso itu sememangnya sudah cukup laju serupa fitnah. Apatah lagi memakai lencana Ferrari sudah cukup untuk membuatkan tim-tim lain berasa kerdil. Barangkali dari segi sejarahnya, lencana Ferrari ini juga sudah cukup untuk membuatkan masing-masing terbayangkan betapa lajunya jentera tersebut. Setakat tim Minardi dulu mau kena tinggal dua tiga pusingan.

Namun sejak akhir-akhir ini rasanya semakin ramai yang sedar dan tahu, bahawa juara dunia untuk F1 untuk kategori pemandu & pengeluar bukan lagi milik Ferrari. Barangkali juga, jentera Ferrari masih lagi belum mendapat pelarasan dengan betul-betul sempurna, maka tidak hairanlah kejuaraan dunia sering terlepas kepada tim lawan yang memiliki jentera serta pemandu yang sempurna. Gua kira, selagi Ferrari masih belum mengambil langkah yang sama untuk memiliki pelarasan yang benar-benar sempurna, silap haribulan tim Caterham yang jauh ketinggalan itu pun sikit hari lagi boleh main Hai-Hai sewaktu melintasi garisan penamat. 

No comments:

Post a Comment