Thursday, October 24, 2013

Harga Rumah Melampau??

Isu kenaikan harga rumah yang melampau-melampau semakin mendapat perhatian yang meluas di media massa ketika ini. Gua syak, muda-mudi yang baharu sahaja menamatkan pengajian sambil menghitung PTPTN memang tak berapa nak kisah sangatlah tentang harga rumah ini berbanding dengan dalam fikiran sibuk nak beli kereta yang mana satu menjadi idaman hati setelah cukup 3 kali memperolehi slip gaji.

Akan tetapi buat mereka yang lebih berfikiran jauh, daripada sibuk membayar sewa-sewa setiap bulan, sudha tentu afdalnya membayar setiap bulan, kelak cukup tempoh sudah tentu sendiri yang empunya aset tak alih, maka sudah tentu sibuk mencari rumah di kawasan mana yang hendak dibeli. Bagi yang duduk di kawasan kota, sudah tentu pilihan untuk mendapatkan rumah teres pada harga yang mampu milik jangan pernah dimimpi sama sekali. Maka, selayaknya rumah serupa PPRT jugalah yang menjadi pilihan slip gaji. Itu pun belum tentu boleh dapat yang ditengah kota lokasinya. Untuk pengetahuan, harga pangsapuri bertaraf PPRT di kawasan Batu Caves sama harga dengan Mazda 6. Jadah apa??

Maka, selayaknyalah ramai mudi-mudi yang harus berasa runsing tentang tahap kemampuan untuk memiliki rumah sendiri dewasa ini. Barangkali hasrat gua untuk memiliki rumah teres juga gua sematkan dalam hati sahaja. Buat masa ini, hanya PPRT bersaiz court badminton sahaja selayaknya untuk gua.Tak mengapalah. Gua masih bersyukur, setidaknya masih punya rumah sendiri.

Sesungguhnya gua amat risau tentang isu kenaikan harga rumah yang melampau-lampau dewasa ini tanpa kawalan. Entah mekanisma apa yang digunapakai untuk menentukan harga di sesuatu kawasan. Setakat ada Stesen Komuter berdekatan tapi masih lagi nak kena menaiki kenderaan untuk sampai ke Stesen, kenaikan harga rumah sehingga 10% setahun, tapi kenaikan gaji lu orang boleh dapat sampai 10% tak?? Er, gaji lu orang tu dah cukup banyak ke tidak nak beli rumah ni?? 

6 comments:

  1. Untung org pakai mazda6 nih..die punye loan paling lame pon 9thn..kite sampai mati...haha

    ReplyDelete
  2. nak buat macam mana..begitulah kehidupan..kahkahkah

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi gua akan beli rumah teres tapi nun jauh di pasir gudang sana

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi gua akan beli rumah teres tapi nun jauh di pasir gudang sana

    ReplyDelete
  5. Ah orang meniaga insurans memang banyak duit nak beli rumah teres

    ReplyDelete
  6. Yang kaya terus kaya yg miskin terus menyewa dg org yg kaya. Org berduit beli rumah tgu harga naik jual kpd org yg tak berumah .

    ReplyDelete