Friday, August 16, 2013

Raya & Kereta

Gambar Hiasan

Memandangkan masih lagi dalam mood beraya, maka ada elok juga gua angkat kisah yang satu ini. Sesungguhnya Raya & Kereta memang tidak dapat dipisahkan. Bagi yang bujang dan belum mempunyai Kereta, waktu nak tiba Raya mulalah gatal kaki nak pergi mengadap Jurujual Kereta yang mana kebiasaannya sebulan dua sebelum tibanya Hari Raya pelbagai kempen promosi akan dilakukan.Agak-agak slip gaji tak lepas, dapat keluar Saga SV pun dah besar rahmat. Manakala bagi yang dah berkeluarga, mulalah si isteri mengendeng bagitahu kata Saga BLM yang sedia ada sebelum ini dah tak mampu lagi untuk menampung jumlah isi rumah yang kian bertambah saban tahun. Dah sampai masanya untuk up sikit bertukar ke jenis MPV pula barangkali.

Manakala yang dah sedia ada berkereta, barangkali inilah masanya untuk menukar Rim Sukan Rota kasi kangkang. Baru sedap sikit nak pergi beraya rumah Makwe sama bakal Mak Mertua. Nak kasi impress kononnya. Mujur juga gua tak jumpa lagi spesis begini di sewaktu pulang beraya di Melaka tempohari. Kalau jumpa mau gua istigfar panjang. Apa nak jadilah dengan anak muda sekarang ini. 

Bila tiba waktu Raya, maka pemandangan kereta bersepah-sepah di kawasan kampung mahupun taman perumahan adalah perkara lumrah. Baguslah, itu tandanya kita cuba untuk merapatkan ukhwah saling ziarah-menziarahi. Cuma yang tak bagusnya apabila kereta diparkir sesuka hati. Jenis yang parkir kereta depan rumah orang lain sampai tuan rumah nak kena hon dua tiga kali tapi dia sedap lagi belasah ketupat sampai tak ingat dunia. Bila dah sedar, boleh pula buat muka tak bersalah sewaktu alih kereta. Jenis yang ada parkir serapat-rapatnya dengan kereta orang lain pun boleh tahan jahat juga sebenarnya sampai menyusahkan kereta lain nak keluar parkir serupa dia seorang sahaja yang membayar cukai jalan. Apa nak jadilah.

Sebenarnya memang begitulah lumrah tiap kali tiba musim Raya. Deretan kenderaan pelbagai jenis serupa Autoshow pula pada hemat gua. Dengan musim Rumah Terbuka bakal bermula hujung minggu ini, gua harap sangat jangan dibuat perangai sedemikian rupa tak kira jenis apa kenderaan yang lu orang pandu sekalipun. Baik yang berjenama tempatan, mahupun yang telah ditempatankan jenamanya janganlah dilupa tatasusila sewaktu berada di atas jalanraya. 

2 comments:

  1. hahha itulah..klo ade MPV mesti selesa berhari raya kan?

    ReplyDelete
  2. Dah sampai masanya untuk berubah kepada MPV pula wahai cik lucd007... heh

    ReplyDelete