Thursday, August 22, 2013

Kisah Brader Sasa

Brader Sasa & Jelmaan beliau

Di pejabat, gua punya seorang yang boleh gua anggap serupa adik memandangkan usianya yang baru meningkat remaja. Tapi yang ini bukanlah jenis adik-adik iye. Beliau lebih senang gua gelar sebagai Brader Sasa dek kerana tubuh beliau yang menyerupai seperti The Rock, idola beliau. Memandangkan beliau tidak berapa lama lagi bakal beralih status, maka tak salah rasanya untuk gua angkat kisah beliau ke dalam blog ini.
  1. Memandu Honda Prelude sebagai lambang lelaki yang kuat berpeleseran tetapi sebenarnya merupakan seorang pemuda yang sangat mentaati cakap emak.
  2. Mempunyai nama timangan, sama ada Daud mahupun Doso masih lagi orang yang sama.
  3. Gemar menghisap rokok tapi tak pernah habis. Sedut dua tiga pam, terus buang. Jenis yang berduit gayanya.
  4. Sepanjang pengalaman gua ber-outstation dengan beliau, sekali pun gua tak pernah melihat auratnya hatta mandi di kolam renang pun beliau masih lagi memakai seluar panjang & berbaju. Bagus betul. 
  5. Pernah muncul dalam iklan kaca tv berdurasi 2 minit mengenai Sukan Olimpik & Berita Harian.
  6. Pernah disarankan untuk memasuki program Raja Lawak dek kerana kekerapan beliau membuat lawak setanding dengan Amir Raja Lawak.
  7. Mempunyai suara persis Awie tetapi amat meminati penyanyi & lagu Herman Tino.
  8. Turut mempunyai follower di akaun Instagram yang biasanya terdiri daripada "lelaki". Curiga betul entah siapa yang Like gambar-gambar beliau itu.
  9. Gua kerap kali juga bergandingan dengan beliau membuat tugas-tugas rasmi di luar waktu pejabat waima sehingga ke Penang. Mujur tiada kejadian yang pelik-pelik berlaku sepanjang gua sebilik dengan beliau.
  10. Menjual susu protein khusus untuk membina otot tubuh serupa Malek Noor secara atas talian demi mencari duit lebih bagi menampung kos sara hidup yang semakin menggila di Bandaraya ini. 
  11. Nampak je sasa Brader Sasa ni, tetapi beliau seorang jenis yang tidak tahan pedas langsung. Makan Nasi Kandar beratuq dia punya peluh serupa joging 10 kilometer.
  12. Gemar membaca komik Naruto keluaran terkini secara atas talian setiap hari Rabu.
  13. Gemar juga akan perkara-perkara yang berbentuk mistik, membaca Mastika misalannya.
  14. Brader Sasa juga sebenarnya seorang yang amat geli terhadap spesis Cicak. Kalau nak tengok dia meloncat ke apa, campaklah seekor dua cicak di hadapan beliau.
  15. Sebenarnya Brader Sasa ini merupakan seorang yang amat baik hati. Gua pernah dibelikan aiskrim hanya kerana Brader Sasa ingin memastikan gua tidak mengantuk dan hilang fokus sewaktu kitaorang bertugas di luar kawasan hingga ke pedalaman Perak. Giler sweet. Mujur Brader Sasa tu lelaki. Kalau perempuan yang belikan gua aiskrim, gua tak teragak-agak nak hadiahkan ciuman pula satu kali..kahkahkah!

No comments:

Post a Comment