Monday, February 25, 2013

Mari Bersembang Dengan Nazim Seorang Ejen Takaful- Prudential BSN

Amacam, bukan main panjang lebar lagi tajuk yang gua bubuh. Gua ada seorang rakan, Nazim (bukan nama sebenar) namanya. Selain daripada mempunyai kerjaya tetap yang mempunyai KWSP, beliau juga merupakan seorang ejen Insuran Takaful yang semakin berjaya di Lembah Klang dan juga Batu Pahat. Gua memang suka sembang dengan dak Nazim ni. Beliau merupakan seorang yang amat baik hati. Pekertinya jangan cakaplah. Berbudi bahasa. Kalau lalu depan mertua, jenis yang tertunduk-tunduk. Memang sesuai untuk dibuat calon menantu lagi..kehkehkeh. Ok, jom layan antara sesi persembangan yang telah dijalankan dalam dua tiga hari sudah.

Gua : Ajim..oo Ajim..Gua perati lu macam sibuk aja..?
Nazim : Hah, ni baru gua berlakon sibuk, lu dah terpedaya. Kalau betul-betul gua sibuk, dah tentu lu lagi mudah terpedaya.
Gua  : Ceh..terpedaya sungguh gua rupannya.
Nazim : [Hanya tertawa kecil, lantas menampakkan lesung pipitnya yang beliau perasan bajet comel]
Gua  : Ajim., gua ingat nak interview lu sikit la petang-petang ni. Itu pun kalau tak mengganggu lu di kala ini.
Nazim : Isk..berderau juga ada orang nak temuduga gua nih. Jarang ada orang nak temuduga gua. Selalunya gua yang temuduga orang lain tanya diaorang dah ada insurans ke belum..
Gua  : Hah..memang gua nak interview lu pasal insurans la ni. Gua dengar, area Lembah Klang ni habis lu tapau dah?
Nazim : Er, apa tapau-tapau ni?? Mana ada. Itu semua fitnah belaka. Lu jangan jadi serupa akhar arus perdana, asyik nak fitnah orang aja kerjanya.
Gua  : Eceh, lu jangan samakan  gua dengan akhar arus perdana. Gua ni taraf indie aja. Ok, sekarang ni cuba lu ceritakan sikit tentang penglibatan lu dalam hal ehwal dunia insurans ni.
Nazim : Gua ni takde la otai sangat dalam dunia penginsuranan takaful ni. Baru dalam beberapa tahun ni aja gua mula menjebakkan diri. Lu pun tentu tahu kos perubatan akhir zaman mahal serupa kapal selam. Selain daripada membantu masyarakat untuk mendapatkan perlindungan takaful yang terbaik ,disamping itu dapat juga gua menambah duit poket. Lepaslah gua nak beli Milo 3 in 1 kat rumah tu.
Gua  : Wah..bagus-bagus. Kira serupa Milo jugaklah lu ni iye.
Nazim : Ni apsal lu kaitkan gua dengan Milo pulak ni?? Lu fikir muka gua ni manis serupa Milo Ais ikat tepi ke??
Gua  : La..tadi lu jugak sebut Milo 3 in 1. Gua sebut jela balik.
Nazim : Tapi kenapa mesti lu sebut Milo Ais ikat tepi?? Tekak gua dah mula terasa kering ni wei...Jomlah kita turun kedai mamak, gua payung lu ..amacam??
Gua  :. ........ [tiada sebarang konversasi dijalankan kerana gua telah pun mengikuti beliau untuk pekena Milo Ais]

* Ok, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dari member gua ini, tak kira lu orang duduk ceruk mana sekalipun, Insya Allah beliau sanggup berjumpa dengan lu orang. Sebut sahaja nama tempat, Kajang, Batu Caves, Tongkang Pechah, Pasir Gudang, Parit Buntar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Ampang Park, Sentul, Meru, hatta Kg Sogo sekalipun beliau sudi untuk berjumpa dan berkongsi pengetahuan tentang perlindungan yang sepatutnya lu orang dapat. Silalah hubungi beliau di 019- 775 8381.

Thursday, December 08, 2011

Siri Bersembang Dengan Komputer - Siri 3

Macam biasa, sejak akhir-akhir ini otak dalam kepala ni bukan main tepu lagi. Bukan gua seorang sahaja yang mengalaminya, malah rakan setepu gua yang lain pun sama. Takat tepu dah jatuh ke paras -15C' dia punya tepu. Memang tepu habis. Tapi dalam gua berkeadaan tepu, mujur masih ada komputer gua yang sudi menemani bertanya khabar.

PC   : Assalamualaikum bang..
Gua  : Waalaikumussalam warahmatullah.. Hah, ni apa hal pulak tegur-tegur gua ni? Itu hari gua tegur, lu bukan main eksyen lagi..kejap-kejap buat hang.
PC   : Alah abang ni..sejak akhir-akhir ni bukan main stress lagi saya tengok. Kejap-kejap mengeluh. Tak baik bang mengeluh ni.
Gua  : Mana tak stress nya, kejap-kejap lu ni hang. Macam mana gua nak buat kerja. Itu belum lagi gua kena bambu dengan kastemer lagi. Banyak benda gua kena fikir sejak akhir-akhir ni.
PC   : Bab hang tu, memang saya tak boleh nak buat apalah kan. Nak buat macam mana, memang kondisi saya yang boleh dikatakan sebagai komputer veteran. Ini pun mujur juga saya masih boleh berbakti kepada abang. Tapi bab stress yang lain tu, memang saya bersimpati. Bersabarlah bang. Ini kan namanya dugaan hidup.
Gua  : Amboi..bercakap pasal dugaan hidup dengan gua iye. Macamlah pernah menghadapi dugaan hidup.
PC   : Betullah bang saya cakap tu. Ingat apa, jadi komputer ni pun banyak dugaan jugak tau. Mana satu nak pilih OS, mana satu nak pilih RAM, nak kena pilih anti-virus lagi. Itu belum lagi kena bambu dengan kastemer macam abang ni. Asal hang aja nak carut. Bawak-bawaklah istigfar sikit.
Gua  : Perh..boleh tahan juga iye lu tarbiyahkan gua. Serupa Imam Muda aja gua tengok perangai lu ni.
PC   : Hehehe. Dulu ada juga cita-cita nak masuk Imam Muda tu, tapi Astro menolak permohonan saya. Mentang-mentanglah saya ni asal Amarika sana. Astro kata hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon. Tapi tak mengapalah bang. Kalau ada rezeki, ingat nak mohon Imam Muda cawangan Amarika tahun depan.
Gua  : Hah..suka hatilah nak masuk Imam Muda ke, Master Chef ke, sikit gua tak heran. Gua lagi tengah susah hati ni. Baik gua pergi makan dulu. Perut gua pun dah berbunyi sakan ni.
PC   : Iyelah..time makan nanti jangan lupa baca Bismillah ye.

Tuesday, November 29, 2011

Beli Kereta?

Sekarang ni memang ramai yang sibuk nak beli @ tukar kereta baru. Jurujual pun sibuklah menabur janji-janji manis pungpang-pungpang tak tentu hala kepada bakal pembeli. Yang mana dapat slip gaji baru dua bulan pun sama sibuk nak pergi kedai kereta.

Untuk yang baru pertama kali nak beli kereta, perkara pertama yang harus diberikan keutamaan adalah melihat slip gaji. Sila perhatikan betul-betul. Bukan hanya setakat tengok berapa baki bersih yang tinggal setelah ditolak KWSP, Socso, duit potong kelab sukan, dan tak lupa juga duit potong hutang saya mesti pilih. Kemudian barulah boleh menyinggah mana-mana bilik pameran kereta.

Dalam keadaan sekarang ni, rata-rata lebih menggemari 0 downpayment, atau senang cerita mengambil full loan. Perkara ini kelihatan amat menyenangkan kepada bakal pembeli namun harus diingat. Bila mana mengambil full loan, sudah tentu masa yang diambil untuk mencapai break even lebih lama. Lebih malang lagi, pinjaman kereta tersebut kadang mencecah 10 tahun hanya kerana semata nak berjimat bayaran bulanan. Sedangkan hakitanya, rata-rata pembeli kereta hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja dengan kereta yang dibeli dan kemudiannya tergoda untuk membeli kereta yang lain.

Maka, sebagai jalan selamat, ada eloknya dibeli kereta yang diyakini mempunyai nilai jualan balik yang agak tinggi. Antara jenama yang mempunyai nilai jualan balik yang tinggi adalah Honda, Toyota, Perodua dan tak lupa juga Ferrari. Jadi, perkiraannya mudah. Beli sahaja jenama kereta tersebut, cukup 5 tahun beli pula kereta baru yang lain. Amacam??

Friday, November 11, 2011

Sebelas.Sebelas.Sebelas

ada apa pada tarikh hari ini?




entah?
tiada apa yg istimewa melainkan tanda Kesyukuran pada Tuhanku di atas kurniannya..

Alhamdulillah
Aku masih mampu menghirup O2 untuk terus bernafas dan menghembus kan Co2 untuk tumbuh-tumbuhan...
Aku masih mampu bergerak meneruskan aktiviti kehidupan
Aku masih mempunyai pekerjaan walaupun gaji tidak memberangsangkan
Aku mempunyai Mak dan Abah ..
Aku mempunyai suami dan anak-anak
Aku masih mempunyai keluarga bahagia di samping kawan, teman seperjuangan...dan juga mungkin musuh di dalam comforter tebal english design...
Aku mempunyai rumah sebagai tempat berlindung- tidak seperti negara sana yang rumah musnah dengan bedilan kejam..berlari ke sana sini mencari perlindungan ...
Aku bersyukur aku adalah seorang makhluk Allah yang amat sempurna dan istimewa
Aku mampu tersenyum kini apa bila usia menjejaki puluhan tahun tetapi masih tegar menjalani Ibadah kepadaMu..cuma perlu aku memperbaiki diri kerana kadangkala aku semakin alpa dengan nikmat dunia...
Semalam...aku tinggalkan kenangan demi kenangan untuk pengajaran dan iktibar di masa hadapan
Aku butuhkan redha Mu untuk terus hidup menjalani tangungjawab sebagai Hamba, Umat, Anak, Menantu, Isteri, Ibu, Pekerja dan segalanya...

Detik ini..hargailah masa dan pengorbanan yang tidak ternilai dan tidak akan berulang kembali...