Gua fikir, dah sampai masanya untuk gua angkat kisah 1Korea ini.
Sama ada sedar mahupun tidak, dewasa ini jenama Korea semakin mendominasi
setiap pelusuk dunia, tak kurang juga Malaysia turut mengalami demam 1Korea
ini. Baik yang berada di Kuala Lumpur , waima yang berada di ceruk pedalaman
mana sekalipun, pasti ramai pihak yang dengan senang hati menerima konsep
1Korea ini.
Jikalau suatu
ketika dahulu, kita dengan riang hati dapat menonton siri daripada Jepun, Maero
Attack. Tapi sekarang ini kita lebih suka menonton siri daripada Korea pula.
Kalau pihak stesen TV ulang siar cerita Winter Sonata pun gua fikir masih ramai
yang sanggup bertenggek depan kaca tv. Tak mengapalah, sedap juga sebenarnya
layan drama bersiri Korea ini. Tapi jadah apa, cerita Running Man itu pun ramai
yang sanggup melekap depan tv. Mati-mati gua fikir Running Man itu cerita
berkisar tentang orang yang bercita-citakan nak jadi pelari pecut.
Bab artis-artis
KPop ini pun jangan cakaplah. Semua orang minat. Najib pun minat. Jadi, lu
orang pasti akan berasa canggung kerana tidak meminati KPop tetapi hanya
meminati irama Melayu Deli. Sampaikan ramai anak muda yang bercita-cita untuk
menjadi KPop daripada seorang Guru. Malapetaka jenis apakah ini??
Kalau sembang bab telekomunikasi, sesiapa yang pakai telefon bimbit
jenama zaman Paleolitik seperti Nokia dan Alcatel pasti ramai yang akan
mencebik. Rata-rata memilih jenama Samsung sebagai medium penghubung. Power
sungguh Samsung ini sampaikan MakLong dan Paklong di kampung pun sama sibuk nak
pakai S4. Setahun berapa kali entah perkenalkan model baru si Samsung ini.
Untuk segmen automatif pula, Korea diwakili oleh dua beradik,
Hyundai dan Kia. Jika dahulu rekaan kedua-dua jenama ini boleh mengundang dosa,
kini Hyundai dan Kia telah kembali ke pangkal jalan dengan mengeluarkan kenderaan
yang mempunyai rekaan yang menawan dan mampu untuk memarkir sebelah menyebelah
dengan kenderaan buatan Jepun dan Eropah. Kalau dalam cerekarama edisi Korea
pun, hanya kereta buatan Korea sahaja yang akan dipaparkan. Begitu juga hal
telefon bimbit. Tapi drama kita, tunjuk pelakon muda belia dah ada bilik
sendiri di pejabat, pandu kereta BMW 5series jadi-jadian. Tak kalah. Apalah
salahnya gunakan Preve ke, Kancil Turbo ke kan. Barulah 1Malaysia, ye tak?
Berdasarkan pemerhatian, tak salah rasanya jenama buatan Korea
kini mampu dianggap sebagai produk “ori”, setanding dengan produk-produk yang
telah lama mencipta nama. Korea semakin menakluk dunia tanpa kita sedar. Cumanya
gua nak tanya, di manakah produk global kita??
Salam 1Korea.
No comments:
Post a Comment