Iblis Petak Kuning semakin menjadi sungguh sepanjang bulan
Ramadhan kali ini. Sana sini tak mahu mengalah. Masing-masing sibuk nak
berhenti dalam Petak Kuning tanpa ada rasa bersalah sambil sibuk nak mengemas
kini status FB masing-masing melalui telefon bimbit. Kereta di laluan
bertentangan nak lalu sibuk memberi hon bertalu-talu dia boleh buat muka tak ada
rasa bersalah sama sekali seolah cukai jalan dialah yang paling sekali atas mukabumi ini.
Alahai. Letih betul nak bertarung dengan Iblis Petak Kuning
ini. Gua fikir, dah sampai masanya pihak penguatkuasa mengenakan hukuman mandatori
bagi pesalah lalulintas serupa ini. Kalau rasa macam berat sangat hukuman yang
ini, apa kata mana-mana kenderaan yang berhenti ini dikenakan hukuman simbah cat.
Tengok, ada berani ke tidak nak berhenti lagi dalam Petak Kuning. Para mufti
pun gua mohon agar mengeluarkan fatwa dengan seberapa segera demi
kemaslahatan ummah. Tolonglah. Gua pun nak lekas pergi Bazar Ramadhan juga balik kerja oi!
iblis petak kuning akan sentiasa mendominasi lalulintas jalanraya
ReplyDeletepenat nak melayan iblis petak kuning
ReplyDelete