Ok, ini entri terakhir tentang Penang. Gua memang suka betul kalau dapat menjejakkan kaki ke Penang ini. Jadi, mari gua kongsikan tentang Bukit Bendera ini, yang mana gua yakin masih ramai lagi belum menjejakkan kaki ke sana. Sepanjang sejarah hidup gua,
adalah dalam tiga kali gua telah menjejakkan kaki ke Bukit Bendera. Pertama
kali sewaktu gua masih lagi di zaman kanak-kanak. Sunat pun belum lagi di kala
itu. Sungguh pun demikian, ingatan gua terhadap Bukit Bendera begitu kuat
dikala gua membuat kunjungan kali kedua sekitar tahun 2005. Ternyata, memori
ketika kali pertama berulang lagi sewaktu gua mula beratur untuk menaiki tren
dari stesen bawah. Dia punya panas jangan cakaplah. Puas jugalah gua mengibas
kolar baju supaya angin segera datang untuk menyejukkan gua dikala itu. Gua
sangkakan panas berpanjangan, rupanya memang berpanjangan sungguh. Bila mana
menaiki tren yang mempunyai kelajuan serupa siput, lagilah terasa panas hati
dengan ramai orang dan juga kipas di bumbung tren yang kelihatan seperti berada
di Butang No. 1 sahaja dia punya laju. Bila sampai di stesen atas, gua perati
situasinya juga tidak jauh berubah sewaktu kunjungan gua zaman masih kecil
lagi. Segalanya masih kelihatan tiada beza. Suhu di atas Bukit Bendera di
kala itu pun masih boleh terasa angin sejuk lagi. Serupa pasang kipas dinding Butang No. 3.
Namun segalanya kini telah
jauh berubah, seiring dengan peredaran zaman barangkali. Pengalaman mengipas
kolar baju panas menunggu tren tidak lagi berlaku. Sejuk betul di bahagian
ruangan menunggu. Penghawa dinginnya bersepah di sana sini. Cumanya bahangnya terasa di bahagian luar kerana sedang mengalami
pengubahsuaian yang cukup intensif, demi keselesaan di masa hadapan. Sikit masa lagi siap sudah barangkali kerja pengubahsuainya. Menunggu
tren yang serba baharu itu pun tidak lama. Sekejap dah sampai. Dan sekejap juga
dah sampai stesen di bahagian atas. Laju serupa LRT. Memang berbaloi sungguh
gua membayar RM8 sebagai tiket untuk sampai ke atas Bukit Bendera ini.
Sewaktu berada di Bukit
Bendera, ternyata kerja-kerja menaik-taraf yang telah dijalankan sebelum ini
berjaya mengembalikan rupa-bentuk Bukit Bendera yang lebih segar dan terkini.
Antara yang telah menerima facelift adalah teropong yang telah dicat dengan
pelbagai warna-warni untuk menarik perhatian anak-anak kecil supaya meminta RM1
sebagai ganti untuk melihat meneropong Penang dari kejauhan. Manakala,
antara perubahan besar yang telah ditambah-baik adalah wujudnya Astaka juga
untuk di deck atas untuk melihat-lihat pemandangan sambil bergambar sakan
manakala di bahagian bawahnya menempatkan orang ramai menjamu tekak dan juga
sebuah Muzim Burung Hantu turut ditempatkan di bahagian bawah. Untuk yang bercitarakan premium, boleh mencuba melepak sambil pekena Teh yang gua syak harga dia serupa RON97 di David Brown's Restaurant & Tea Terrace sambil menikmati pemandangan yang gua jamin cukup berbaloi dengan apa yang lu orang bayar.
Secara jujurnya, kalau lu orang tak mahu naik ke Bukit Bendera ni pun bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan. Setakat naik duduk kat atas tu menghabiskan masa sejam dua bergambar sana sini. Tipikal. Tapi lu orang tak segan ke, esok-esok kalau dah ada anak, dia bertanya.. "Ayah, jom kita pergi Bukit Bendera nak tak? Er, mesti Ayah dah pernah pergi masa kecil-kecil dulu kan.. ". Hah..Apa lu orang orang nak jawab?
pls add more pic :)
ReplyDelete