Brader Jaga Trafik sedang menjalankan tugasnya |
Kepada pengguna laluan Jalan /
Persimpangan Jelatek / Setiawangsa mahupun Persimpangan Yap Kwan Seng / Jalan
Tun Razak / Jalan Ampang, gua kira kelibat brader yang persis Anggota Trafik
sambil sebuah motor EX5 yang agak usang diparkir berdekatan amat sinonim di waktu petang di kala iblis
jem mula merasuk jalanraya sekitar Kuala Lumpur ini. Sekali imbas, memang iras,
dengan Baju Kalis Hujan berwarna Hijau Trafik, berseluar gelap, bersarung
tangan putih, memang saling tak tumpah Anggota Trafik Jalan Bandar. Tapi gua yakin, brader tersebut bukanlah Anggota Trafik sebenar. Nak kata Polis Trafik bukan, Polis
Bantuan bukan, Polis Hutan pun jauh sekali. Maaf, gua sendiri tidak mengetahui
profession sebenar beliau. Tapi setiap petang memang kelibat brader ni memang
mudah nak tengok pada setiap jalan yang gua nyatakan. Niatnya hanya satu, untuk
membantu melicinkan aliran trafik terutamanya di hadapan persimpangan lampu
isyarat, yang mana kenderaan di Kuala Lumpur ini amat gemar untuk berhenti di
Petak Kuning. Ternyata, kehadiran brader tersebut sedikit sebanyak membantu
buat pengguna jalanraya yang lain.
Gua fikir sudah sampai masanya cerita brader yang jaga trafik ini diangkat dan dihargai andai benar beliau melakukannya hanya secara sukarela. Andai ada yang berkata beliau seolah gila untuk membuat kerja segila ini, ketahuilah tiada insan yang segila beliau gigih
berdiri dikala hujan lebat, sama seperti mana Anggota Trafik sebenar yang
sememangnya mendapat upah yang jauh lebih lumayan. Kalau gua punya masa, memang gua teringin betul nak
temuramah beliau. Paling tidak, gua nak ucapkan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat secara sukarela . Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
No comments:
Post a Comment