Thursday, September 26, 2013

Petua Orang-Orang Tua: Larangan Memuji Bayi

Fuh, sesekali tajuk gua berunsur ilmiah ini pun handal juga gua rasa. Gua yakin, ramai di antara kita semua khususnya buat mereka yang telah mempunyai anak kecil pasti pernah mendengar larangan orang-orang tua supaya jangan memuji bayi itu comel atau sebagainya. Sebaliknya mereka mengeji pula bayi tersebut dengan berkata "Eh, buruknya bayi ini.." Gua sendiri berasa hairan dan pelik. Sudah tentulah bayi itu comel tetapi mengapa pula dikatakan sedemikian rupa pula.Sehinggalah beberapa tahun sudah gua pernah mendengar jawapan dari Ustaz Wan Sohor tentang perkara tersebut. Apabila diberikan jawapan dari sudut Islam, maka adalah benarnya jua. Cuma barangkali larangan @ petua orang-orang tua kita dahulu sememangnya ada benar cuma tidak diberikan fakta mahupun sebab musabab mengapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan. 

Nah, untuk mendapatkan kepastian tentang larangan tersebut, maka sekali lagi gua telah mendapatkan kepastian @ jawapan daripada Ustaz Wan Sohor sekali lagi. Jadi, mulai daripada sekarang, buat mereka yang mempunyai bayi sekiranya ingin memuji kecomelannya, maka ingatlah Allah terlebih dahulu. Sebutlah "Masya Allah..,comelnya bayi ini.." Barangkali, dengan cara ini, kejadian yang tidak sepatutnya menimpa bayi dapat dielakkan daripada berlakunya 'ain' (sihir mata / bisa mata) ini. Perkara yang sama juga terpakai sekiranya melihatkan sesuatu yang indah @ cantik. Ingatlah, kesemua yang ada di dunia ini milik Allah S.W.T. Jadi, khusus buat mereka yang telah punya anak kecil, silalah menyebut kalimah Allah terlebih dahulu. Wallahualam.


Thursday, September 19, 2013

Mengapa Penjajaran / Pelarasan / Penalaan Itu Penting

Di dalam dunia perlumbaan, bukannya kelajuan sesebuah jentera itu yang menjadi faktor utama untuk menuju ke garisan penamat di tempat teratas. Selain daripada joki dan jentera yang handal, penjajaran / pelarasan / penalaan yang tepat seharusnya diambil kira dalam menuju ke garisan penamat sebagai pemenang.

Gua bagi contoh mudah. Rasanya semua orang tahu yang jentera F1 Ferarri yang dipandu oleh Fernando Alonso itu sememangnya sudah cukup laju serupa fitnah. Apatah lagi memakai lencana Ferrari sudah cukup untuk membuatkan tim-tim lain berasa kerdil. Barangkali dari segi sejarahnya, lencana Ferrari ini juga sudah cukup untuk membuatkan masing-masing terbayangkan betapa lajunya jentera tersebut. Setakat tim Minardi dulu mau kena tinggal dua tiga pusingan.

Namun sejak akhir-akhir ini rasanya semakin ramai yang sedar dan tahu, bahawa juara dunia untuk F1 untuk kategori pemandu & pengeluar bukan lagi milik Ferrari. Barangkali juga, jentera Ferrari masih lagi belum mendapat pelarasan dengan betul-betul sempurna, maka tidak hairanlah kejuaraan dunia sering terlepas kepada tim lawan yang memiliki jentera serta pemandu yang sempurna. Gua kira, selagi Ferrari masih belum mengambil langkah yang sama untuk memiliki pelarasan yang benar-benar sempurna, silap haribulan tim Caterham yang jauh ketinggalan itu pun sikit hari lagi boleh main Hai-Hai sewaktu melintasi garisan penamat. 

Wednesday, September 11, 2013

Naik Haji

Memandangkan bulan Syawal dan musim perayaan Rumah Terbuka sudah pun berakhir, maka ada eloknya gua angkat cerita Naik Haji ini. Buat mereka yang telah terpilih untuk menerima tetamu Allah, pasti persiapan terakhir giat dijalankan. Jemputan untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat sempena keberangkatan ke Tanah Suci juga boleh tahan banyak yang diterima. 

Sebenarnya persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci ini bermula sebaik sahaja tiba bulan Syawal tempohari di mana para Jemaah Haji dikehendaki untuk menghadiri Kursus Perdana Haji dan juga Kursus-kursus Haji indie yang dilakukan oleh agensi swasta. Gua dan rakan pejabat beberapa tahun sudah pernah tidak berpeluang untuk berhari raya ke Rumah Terbuka setiap hujung minggu gara-gara setiap minggu kitaoang dikehendaki untuk melakukan promosi membuat Wasiat di sekitar Lembah Klang setiap hujung minggu kepada para Jemaah. Seronok tengok para Jemaah ber-Ihram melakukan simulasi tawaf. Perh, itu jam terus terasa macam nak daftar Naik Haji sama. Dan sebagai Umat Islam, gua fikir semangat Naik Haji ini perlu disematkan dalam diri seawal baligh lagi. Cukupkan duit minima, daftar Naik Haji seawal mungkin. Lepas itu, jangan lupa buat simpanan ke dalam Tabung Haji.Ada rezeki Insya Allah, akan dimakbulkan Tuhan untuk ke Tanah Suci. Tapi kalau tak mampu, pergi menunaikan Umrah pun gua fikir dah cukup bagus sebagai permulaan.

Kepada Jemaah Haji, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Moga mendapat Haji yang Mabrur. Oh ya, gua juga punya rakan yang turut terpilih untuk menjadi tetamuNya pada saat akhir. Mohammad Faisal namanya ataupun beliau cukup dikenali sebagai Sepat Goreng di alam FB. Harapan gua juga sama kepada beliau dan pasangannya. Perancangan Allah itu sempurna. Barangkali, beliau mungkin belum dikurniakan rezeki anak, tetapi Allah S.W.T. mahukan beliau menjadi tetamuNya terlebih dahulu.Siapa tahu, rezeki anak itu beliau dapat pula selepas pulang menunaikan Haji, iye tak?? Fuh, kadang ayat gua serupa TV Alhijrah juga. 

Notakaki tambahan: Bakal Tuan Haji Sepat, kalau Jazzy itu lu nak amanahkan kepada gua pun gua sudi untuk menerimanya. Kehkehkeh

Saturday, September 07, 2013

Cendol Bakar Kini Di MRR2!!


Gua fikir, ramai pelosok Lembah Klang sudah pun mengetahui tentang gerangan gerai Cendol Bakar yang terletak di Kuala Selangor. Ramai juga rakan-rakan pejabat gua yang gigih untuk memandu jauh hingga ke sana gara-gara nak pekena Cendol Bakar tersebut. Secara jujurnya, gua sendiri belum berkesempatan untuk mencuba Cendol Bakar tersebut walaupun gua sendiri merupakan hantu cendol. 

Gua tak pasti samaada fenemona Cendol Bakar ini akan turut menerima nasib seperti mana Burger Bakar, di mana bersepah-sepah orang nak buat Burger Bakar di sana-sini. Tapi yang gua pasti, kini gua tidak perlu lagi untuk memandu sejauh ke Kuala Selangor untuk pekena Cendol Bakar sambil memesan gaya Pandu-Lalu. Dah wujud pun Cendol Bakar di bumi Gombak ini. Lokasi yang lebih tepatnya adalah di tepi MRR2 berdekatan dengan Shell menghala ke Plaza Tol Gombak dari arah Taman Melati. Yang penting, nak pesan jenis Pandu-Lalu pun ada juga. Baru rasa bergaya, iye tak?

Seperti mana Cendol Bakar yang asli di Kuala Selangor, pelbagai perisa turut ditawarkan kepada pengunjung Cendol Bakar MRR2 ini. Memandangkan gua ini penggemar Durian, maka sewajarnya gua memilih Cendol Bakar durian. Yang pasti, gua memang suka rasa Cendol Bakar yang ini. Cuma nasihat gua, janganlah diminum selalu, mau semut hurung kencing lu orang itu nanti. Harga yang ditawarkan pula, mungkin ada sedikit premium disitu. Tetapi masih lagi mampu beli. Gua sendiri dah dua kali datang pesan Cendol Bakar Durian. Tiba-tiba tekak gua terasa nak repeat petang-petang ni.


Tuesday, September 03, 2013

Teori Domino Kenaikan Harga Petrol / Diesel


Semalam gua perati di FB bukan main lagi pungpang-pungpang pasal kenaikan harga petrol. Mana yang dikurniakan akal yang terlebih cerdik, serta-merta di-up-kan status di FB "Bersyukurlah naik 20 sen. Petrol kita masih lagi antara yang termurah. Nak jimat, jangan drive kereta sendiri. Kongsi dengan kawan-kawan pergi kerja. Boleh kongsi-kongsi duit minyak.". Sedih juga gua baca bila mana puak-puak sebegini punya komen pasal kenaikan harga petrol/diesel ini.Manakala yang terlebih-lebih bijak pula, boleh pula dikaitkan dengan benda-benda sampah, orang Cina tak isi Petronas kononnya sentimen Petronas ini milik Bumiputera. Astagfirullah. Apa nak jadilah dengan perangai masing-masing ini. Jenis otak udang. Sumbu.

Baiklah, gua akan ulaskan isu kenaikan harga petrol/diesel ini tanpa melibatkan sentimen politik. Gua mengambil kira kedudukan gua dan rakan-rakan yang lain sebagai golongan marhaen yang kerjanya konon eksekutif tetapi bergajikan kerani bank sahaja. Tahukah lu orang bahawasanya sebelum Hari Raya itu hari harga-harga barangan sudah mula naik. Gua bagi contoh mudah, kalau dulu Nasi Lemak biasa (Nasi Lemak + Timun Kecut 2 hiris + Telur Rebus potong 4 + Kacang tak ada Ikan Bilis + Sambal Bawang) berharga RM1.20. Jadah apa Nasi Lemak biasa boleh naik sampai 20 sen. Baru-baru ini gua dah bergaji dan tekak ada rasa sikit nak bersarapan serupa kapitalis maka gua order mihun goreng bodo bubuh lauk ayam goreng dan gua telah dicaj RM4.00!! Gua pesan Teh Tarik gelas kecil berharga RM1.50 !! Astagfirullah. Apa nak jadilah harga dah serupa kapal selam dia punya mahal.

Nah, sekarang ini harga petrol/diesel sudah pun dinaikkan secara rasmi sebanyak 20 sen. Lu orang agak, harga makanan / bahan mentah berapa sen pula yang akan naik?? Baiklah, jika ada yang berkata nak jimat, gunakanlah pengangkutan awam. Yang bercakap itu depan rumah ada stesen LRT. Jahanam. Nak suruh guna pengangkutan awam datang ke pejabat, mungkin gua kena keluar rumah waktu Sahur barangkali baru gua boleh sampai ke pejabat tanpa melibatkan sebarang penerimaan Memo datang lambat ke pejabat. Nampak..?? Nampak..??

Baiklah, nak suruh gua berjimat lagi disebabkan faktor kenaikan harga petrol/diesel. Bawa bekal katanya. Gua yakin dewasa ini semakin ramai yang dah membawa bekal ke pejabat sebagai langkah penjimatan. Gua sendiri bangun seawal jam 5.00 pagi semata nak siapkan bekalan di siang hari. Dan gua sendiri dari sebelum bulan Puasa lagi memang dah tak keluar makan tengahari demi mengelakkan perbelanjaan berlebihan. Gua dengar set makan tengahari di gerai-gerai boleh cecah sampai tujuh lapan ringgit.   

Berbalik kepada kenaikan harga diesel pula, menurut pandangan gua yang tak berapa nak tepat ini, gua yakin inilah punca terbesar yang bakal menyebabkan kenaikan harga barangan mentah. Sebabnya kebanyakan barangan mentah ini biasanya akan diangkut menggunakan lori berkuasa diesel. Tak pernah lagi gua dengar sayur sama ikan diangkut menggunakan lori hibrid. Dulu pernah juga gua bercita-cita untuk memiliki Triton Lite tetapi memandangkan harga diesel sekarang ini pun sama sahaja dengan RON95, gua pendamkan sahaja hasrat murni tersebut. Sebenarnya telah berlaku ketidakadilan kepada pengguna kenderaan berenjin diesel kerana pemiliknya dikenakan cukai jalan. yang lebih tinggi berbanding kenderaan berenjin petrol. Tahukah lu orang beberapa tahun sudah perbezaan murahnya harga diesel pernah menjangkau hampir seringgit berbanding harga RON97! (Itu jam cuma ada RON 92 sama RON97 sahaja).

Baiklah, sebagai akhir cerita, ingin gua tegaskan, ada beza ya adik kakak antara rasa bersyukur dan juga rasa dianiaya. Tolonglah jangan jadi tolol dengan mengatakan harga petrol kita masih lagi antara yang termurah. Gua boleh faham pemerintah ingin menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan subsidi petrol sehingga RM1.1 billion katanya. Tetapi harus barang diingat, petrol/diesel ini merupakan barangan keperluan. Bukankah elok sekiranya langkah penjimatan itu ditarik dari sumber-sumber lain. Negara kita punya ramai ahli-ahli ekonomi yang bijak pandai dan bukannya memandai-mandai. Nampak..?? Nampak?? Semuanya berkaitan antara satu sama lain.