Thursday, August 29, 2013

"Ala..sekejap je pun"

Nampak...?? Nampak...??

Apa yang gua paparkan ini bukanlah dengan niat untuk mendedahkan aib. Tetapi memang beginilah rata-rata sikap pemandu Malaysia. Berdisipilin hanya sewaktu mengambil ujian memandu dua tiga tahun lepas. Sesudah itu, mulalah buat perangai.

Sejujurnya gua tidak punya masalah langsung jenis pemandu yang berhenti tepi sekejap-sekejap ni sebab gua pun pernah buat juga. Tapi kalau iye pun nak buat perangai serupa ini, agak-agaklah juga. Waktu puncak, janganlah pula diikutkan perangai iblis macam ni. Lagi satu, mohon untuk diparkirkan ketepilah sedikit jangan dibuat gaya serupa dia seorang sahaja yang membayar cukai jalan. Budak Pengakap pun tak pernah buat perangai macam ni tahu tak? Gua perati sewaktu kejadian, ada juga dua tiga kenderaan di belakang yang membunyikan hon tanda kurang selesa dengan situasi sebegini tetapi si pemandu memang jenis hati Israel. Tak ada perasaan bersalah langsung. Apa nak jadilah.

Gua cuma terbayangkan kalaulah sistem penguatkuasaan kita ini lebih tegas. Tak perlu nak saman-saman. Clamp terus dan-dan itu juga. Nak buka, sila bayar dua ribu. Amacam?? Agak-agak ada yang berani buat perangai setan macam ini tak?

Thursday, August 22, 2013

Kisah Brader Sasa

Brader Sasa & Jelmaan beliau

Di pejabat, gua punya seorang yang boleh gua anggap serupa adik memandangkan usianya yang baru meningkat remaja. Tapi yang ini bukanlah jenis adik-adik iye. Beliau lebih senang gua gelar sebagai Brader Sasa dek kerana tubuh beliau yang menyerupai seperti The Rock, idola beliau. Memandangkan beliau tidak berapa lama lagi bakal beralih status, maka tak salah rasanya untuk gua angkat kisah beliau ke dalam blog ini.
  1. Memandu Honda Prelude sebagai lambang lelaki yang kuat berpeleseran tetapi sebenarnya merupakan seorang pemuda yang sangat mentaati cakap emak.
  2. Mempunyai nama timangan, sama ada Daud mahupun Doso masih lagi orang yang sama.
  3. Gemar menghisap rokok tapi tak pernah habis. Sedut dua tiga pam, terus buang. Jenis yang berduit gayanya.
  4. Sepanjang pengalaman gua ber-outstation dengan beliau, sekali pun gua tak pernah melihat auratnya hatta mandi di kolam renang pun beliau masih lagi memakai seluar panjang & berbaju. Bagus betul. 
  5. Pernah muncul dalam iklan kaca tv berdurasi 2 minit mengenai Sukan Olimpik & Berita Harian.
  6. Pernah disarankan untuk memasuki program Raja Lawak dek kerana kekerapan beliau membuat lawak setanding dengan Amir Raja Lawak.
  7. Mempunyai suara persis Awie tetapi amat meminati penyanyi & lagu Herman Tino.
  8. Turut mempunyai follower di akaun Instagram yang biasanya terdiri daripada "lelaki". Curiga betul entah siapa yang Like gambar-gambar beliau itu.
  9. Gua kerap kali juga bergandingan dengan beliau membuat tugas-tugas rasmi di luar waktu pejabat waima sehingga ke Penang. Mujur tiada kejadian yang pelik-pelik berlaku sepanjang gua sebilik dengan beliau.
  10. Menjual susu protein khusus untuk membina otot tubuh serupa Malek Noor secara atas talian demi mencari duit lebih bagi menampung kos sara hidup yang semakin menggila di Bandaraya ini. 
  11. Nampak je sasa Brader Sasa ni, tetapi beliau seorang jenis yang tidak tahan pedas langsung. Makan Nasi Kandar beratuq dia punya peluh serupa joging 10 kilometer.
  12. Gemar membaca komik Naruto keluaran terkini secara atas talian setiap hari Rabu.
  13. Gemar juga akan perkara-perkara yang berbentuk mistik, membaca Mastika misalannya.
  14. Brader Sasa juga sebenarnya seorang yang amat geli terhadap spesis Cicak. Kalau nak tengok dia meloncat ke apa, campaklah seekor dua cicak di hadapan beliau.
  15. Sebenarnya Brader Sasa ini merupakan seorang yang amat baik hati. Gua pernah dibelikan aiskrim hanya kerana Brader Sasa ingin memastikan gua tidak mengantuk dan hilang fokus sewaktu kitaorang bertugas di luar kawasan hingga ke pedalaman Perak. Giler sweet. Mujur Brader Sasa tu lelaki. Kalau perempuan yang belikan gua aiskrim, gua tak teragak-agak nak hadiahkan ciuman pula satu kali..kahkahkah!

Monday, August 19, 2013

Kisah Si Lemang


Menjadi-jadi betul si Lemang sekarang ni. Sana-sini orang sibuk nak menjual Lemang. Kira baguslah, memudahkan masyarakt khususnya di bandar untuk mendapatkan Lemang.Kalau di kampung tu barangkali afdalnya bakar Lemang sendiri. Sudah tentu rasa Lemang tu Lemang. Jenis yang beli-beli ni dia punya rasa gua ada syak wasangka sedikit dia punya rasa. Lebih rasa ke pulut daripada Lemang. Mujur jugalah boleh rasa seperti pulut. Gua pernah terbeli tahun sudah, keras serupa buluh Lemang dia punya rasa. Sayu juga rasa dihati mengenangkan duit yang dah dibayar tapi serupa kunyah selipar getah pula.

 Tapi bagi masyarakat bandar, gerai-gerai Lemang yang tumbuh seumpama cendawan di pinggir-pinggir jalan adalah pilihan satu-satunya yang wujud. Nak bakar sendiri, mana pula nak cari buluh buat Lemang oi. Kalau dapat buluh untuk dibuat Lemang, tinggal tingkat 4 flat PPR nak bakar celah mana pula, iye tak? Jadi pilihan yang ada pergi sahajalah beli. Tapi nak beli Lemang ni seumpama memperjudikan nasib sendiri.Nasib baik, dapatlah yang sedap. Tapi faktor harga pula yang menjadi persoalannya.Kalau tahun sebelumnya gua fikir harga Lemang ini masih lagi boleh didapati pada harga mampu milik. Namun kini sejajar dengan arus kemodenan, Lemang juga sudah pandai naik harga. Rata-rata penjual mula menjual Lemang pada harga RM10 sebatang dengan Lemang bersaiz betis budak umur 3 bulan.Halus. Apa nak jadilah. Barangkali dah sampai masanya Kementerian yang menjaga hal-ehlwal Lemang ini bertindak dengan segera sebelum Lemang ini semakin diekploistasikan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Friday, August 16, 2013

Raya & Kereta

Gambar Hiasan

Memandangkan masih lagi dalam mood beraya, maka ada elok juga gua angkat kisah yang satu ini. Sesungguhnya Raya & Kereta memang tidak dapat dipisahkan. Bagi yang bujang dan belum mempunyai Kereta, waktu nak tiba Raya mulalah gatal kaki nak pergi mengadap Jurujual Kereta yang mana kebiasaannya sebulan dua sebelum tibanya Hari Raya pelbagai kempen promosi akan dilakukan.Agak-agak slip gaji tak lepas, dapat keluar Saga SV pun dah besar rahmat. Manakala bagi yang dah berkeluarga, mulalah si isteri mengendeng bagitahu kata Saga BLM yang sedia ada sebelum ini dah tak mampu lagi untuk menampung jumlah isi rumah yang kian bertambah saban tahun. Dah sampai masanya untuk up sikit bertukar ke jenis MPV pula barangkali.

Manakala yang dah sedia ada berkereta, barangkali inilah masanya untuk menukar Rim Sukan Rota kasi kangkang. Baru sedap sikit nak pergi beraya rumah Makwe sama bakal Mak Mertua. Nak kasi impress kononnya. Mujur juga gua tak jumpa lagi spesis begini di sewaktu pulang beraya di Melaka tempohari. Kalau jumpa mau gua istigfar panjang. Apa nak jadilah dengan anak muda sekarang ini. 

Bila tiba waktu Raya, maka pemandangan kereta bersepah-sepah di kawasan kampung mahupun taman perumahan adalah perkara lumrah. Baguslah, itu tandanya kita cuba untuk merapatkan ukhwah saling ziarah-menziarahi. Cuma yang tak bagusnya apabila kereta diparkir sesuka hati. Jenis yang parkir kereta depan rumah orang lain sampai tuan rumah nak kena hon dua tiga kali tapi dia sedap lagi belasah ketupat sampai tak ingat dunia. Bila dah sedar, boleh pula buat muka tak bersalah sewaktu alih kereta. Jenis yang ada parkir serapat-rapatnya dengan kereta orang lain pun boleh tahan jahat juga sebenarnya sampai menyusahkan kereta lain nak keluar parkir serupa dia seorang sahaja yang membayar cukai jalan. Apa nak jadilah.

Sebenarnya memang begitulah lumrah tiap kali tiba musim Raya. Deretan kenderaan pelbagai jenis serupa Autoshow pula pada hemat gua. Dengan musim Rumah Terbuka bakal bermula hujung minggu ini, gua harap sangat jangan dibuat perangai sedemikian rupa tak kira jenis apa kenderaan yang lu orang pandu sekalipun. Baik yang berjenama tempatan, mahupun yang telah ditempatankan jenamanya janganlah dilupa tatasusila sewaktu berada di atas jalanraya. 

Wednesday, August 07, 2013

Selamat Hari Raya Eidilfitri


Insya Allah kalau tak ada aral, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Eidilfitri esok. Kalau puak Syiah jangan tanya gua bila diaorang sambut Raya. Puak Langkasuka pun gua tak pasti bila diaorang sambut Raya.Di kala entri ini ditulis, gua syak dah ramai yang sedang sedap berada di atas tilam sambil ditemani dengan kicauan burung di luar jendela yang terkuak sedikit, membenarkan angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruang tidur. Dingin dan damai. Perh, gua punya metafora sesekali berkhayal ni memang tak boleh dilayan sangat. 

Gua pula di kala ini masih lagi berada di pejabat sambil ditemani beberapa orang rakan sepejabat yang masih gigih berada di pejabat sambil masing-masing sibuk membuat permintaan lagu raya ke kawan sebelah gua yang berangan nak menjadi Deejay Supermarket katanya. Macam-macam lagu yang diputarkan. Kalau nak diikutkan kualiti suara, boleh tahan parau juga suara member sebelah gua ini. Kalau dia pohon nak jadi juruhebah Negeri FM pun gua syak layak dah..kahkahkah! Sori Ajim, gua bahan lu kejap. 

Kesempatan yang ada ini gua ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata ada tersalah kata, tersilap cuit. Moga semuanya bergembira di Hari Raya. Buat yang memandu, berhati-hatilah memandu. Ingat, jangan buat perangai Syiah nak sambut Raya ni. Perangai bidaah seperti pagi-pagi Raya sibuk nak pergi ziarah kubur pun jangan dibuat.